ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan barangan ‘de-controlled’ dapat kebenaran khas guna lesen kelas D – Kementerian Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi kebenaran khas kepada pemandu kenderaan barangande-controlled’ yang had berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3,500 kilogram (kg) tetapi tidak melebihi 4,000 kg untuk menggunakan lesen memandu Kelas D.

Menurut UTUSAN, Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban, memudahkan urusan pemain industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi perniagaan domestik.

Kebenaran khas itu berkuat kuasa serta-merta dan akan berakhir pada suatu masa yang akan ditentukan kelak. Sekiranya had BTM kenderaan barangan ‘de-controlled’ itu telah melebihi 4,000 kg, maka, pemandu adalah dikehendaki mempunyai lesen memandu Kelas E bagi memandu kenderaan tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, perkara ini juga akan membuka peluang pekerjaan tambahan kepada semua penduduk Malaysia seterusnya mencapai hasrat dan objektif Keluarga Malaysia.

Beliau berharap dengan kebenaran khas ini, ia dapat membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara yang akhirnya akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Kenderaan barangan ‘de-controlled’ adalah kenderaan barangan yang dikecualikan daripada mendapatkan lesen atau permit pengendali kenderaan barangan daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Sarawak.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Namun, ia terhad kepada kenderaan barangan yang digunakan oleh pemilik kenderaan barangan bagi mengangkut barangan perniagaan sendiri dan terhad bagi had Berat Dengan Muatan (BDM) kenderaan barangan itu tidak melebihi 7,500 kg.

Ka Siong berkata, pihaknya mengambil maklum tentang keluhan dialami pengusaha, pemilik serta pemandu kenderaan barangan ‘de-controlled’ mengenai isu mempunyai kelas lesen memandu yang ditetapkan.

Pada ketika ini, dalam lingkungan 96 peratus kenderaan barangan ‘de-controlled’ yang berdaftar adalah mempunyai BTM kurang daripada 3,500 kg yang membolehkan pemandu menggunakan lesen memandu Kelas D sahaja.

Namun, terdapat segelintir kecil, iaitu dalam lingkungan tiga peratus kenderaan barangan ‘de-controlled’ mempunyai BTM antara 3,500 kg hingga 4,000 kg.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply