ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Ford Experience Hub’ bakal jelajah seluruh negara bermula hujung bulan ini

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal mengadakan siri jerayawara Ford Experience Hub yang membawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu ke seluruh negara bermula hujung bulan ini.

Lokasi pertama jerayawara Ford Experience Hub ialah di Ipoh Parade Mall, Atrium Aras Bawah, bermula 27 Jun hingga 2 Julai 2023. Di sana, para pengunjung turut berpeluang untuk memandu uji trak pikap berenjin diesel itu.

Mereka digalakkan untuk berkunjung dan menempah slot pandu uji lebih awal memandangkan slot adalah terhad, dan tersedia bagi mereka yang terawal sahaja.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, Ford Experience Hub menawarkan pengalaman lebih interaktif dan kaya yang membolehkan mereka untuk berhubung dengan lebih baik bersama pelanggan yang berpotensi.

Selain daripada Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu, pengunjung juga boleh memandu uji SUV tujuh-tempat duduk premium Everest. Hanya perlu maklumkan kepada Pakar Ford di lokasi untuk tempahan slot pandu uji.

Ford Concierge juga akan disediakan untuk membantu sebarang pertanyaan. Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang kenderaan Ford, menempah sesi pandu uji, belajar dan memahami berkaitan Ford Ranger Getaways serta meneliti dan membeli barangan gaya hidup Ford.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bukan itu sahaha, mereka yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu atau mana-mana kenderaan ketika Ford Experience Hub, serta pelanggan Ranger dan Raptor yang menempah Ford Ranger Getaways, mereka boleh menebus cenderahati eksklusif serta-merta di lokasi.

300 pelanggan terawal yang membuat tempahan bagi Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan turut menerima perakam video digital dwisaluran dari jenama Kenwood dengan sambungan nirwayar, rompi (vest) Ranger Raptor khas dan hadiah berupa diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways.

Semua pelanggan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel baharu juga boleh menggunakan kod kad keistimewaan Inner Circle mereka untuk menikmati diskaun 30 peratus bagi satu perjalanan Ford Ranger Getaways. Layari laman sesawang Ford Experience Hub untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply