Hot Wheels Legends Tour kembali! Untuk edisi yang keempat tahun ini, buat julung kalinya, peserta pecinta kereta binaan sendiri (custom) akan dinilai terus oleh Ketua Pereka Pembungkusan Hot Wheels Global, Matt Gabe pada Art of Speed 2023 ke-12.
Malaysia merupakan salah satu negara yang terlibat dalam Legends Tour – iaitu acara pencarian kereta binaan sendiri di peringkat antarabangsa yang akan diterjemahkan semula dalam skala 1:64 sebagai kereta Hot Wheels bagi pasaran di 150 buah negara di seluruh dunia.
Setelah beberapa tahun dijalankan secara dalam talian, Malaysia Hot Wheels Legends Tour 2023 akan diadili secara langsung di tapak acara Art of Speed, MAEPS Serdang.
Peserta boleh membuat pendaftaran secara percuma di SINI dan membawa kenderaan masing-masing di acara Art of Speed pada jam 9 pagi pada 30 Julai 2023. Penilaian akan dilakukan bermula jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Pada hari yang sama, para juri akan memilih 10 kenderaan terbaik dan salah satu daripadanya akan diangkat sebagai juara untuk mewakili Malaysia di Global Semi-Final yang akan diadakan secara maya pada November depan.
Juara akan berentap bersama pemenang-pemenang daripada wilayah Asia Pasifik yang lain untuk dinobatkan sebagai Regional Fan Favourite dan merealisasikan impian melihat kereta binaan sendiri menjadi rekaan ikonik kereta mainan logam jenama ini.
Pertandingan akan diadili oleh Matt Gabe bersama-sama juri jemputan, Alec Pender dan Dino Dalle Carbonare, Aulia Rahman dan Tengku Djan.
Setiap penyertaan akan dinilai pada keaslian rekaan, sejauh mana ia menggambarkan semangat Hot Wheels; kreativiti, rekaan yang menonjol berbanding yang lain, Semangat Garaj (Garage Spirit) serta keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta buatan khas bukan dibeli.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Tahun ini Hot Wheels akan menyediakan tiga ruang pameran di Art of Speed yang berlangsung selama dua (2) hari pada 29 dan 30 Julai.
Dewan A akan menjadi ruang utama pameran kolaborasi Hot Wheels x Proton dan stesen buat pengumpul koleksi Hot Wheels untuk membuat pembelian. Dewan B pula akan menjadi ruang Konvensyen Koleksi Hot Wheels yang pertama di Asia Tenggara.
Di sini peminat boleh bertemu mesra dengan pereka Hot Wheels dan berbual mengenai perjalanan Hot Wheels sepanjang dekad dan menyertai acara lain termasuk bidaan secara langsung, pertandingan reka bina kereta mainan, perlawanan Hot Wheels, pameran dan aktivit dianjurkan oleh Hot Wheels Skate School.
Hot Wheels Legends Tour mula dianjurkan sejak 2018 sempena sambutan ulang tahun ke-50 jenama itu menerusi 15 siri pameran kereta di Walmart di seluruh Amerika Syarikat. Maklumat lanjut, layari www.artofspeed.com atau www.facebook.com/ArtOFSpeedMY/.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI