ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKNS Real Estate jalin kerjasama strategik dengan Bateriku.com

Berita Tempatan

Views

Unit pelaburan milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bateriku(M) Sdn. Bhd. (Bateriku.com) di SACC Mall, Shah Alam hari ini.

Menerusi kerjasama ini, Bateriku.com akan membekalkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan secara atas permintaan (on-demand) kepada pengunjung, peniaga dan juga pemilik kenderaan di sekitar kawasan SACC Mall, Shah Alam.

Selepas SACCMall, ia akan diteruskan pula ke semua premis komesial PREC, antaranya Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Menara Worldwide Bukit Bintang, Wisma Yakin Kuala Lumpur, Menara PKNS Petaling Jaya termasuk SACC Mall.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

MoU yang dimeterai ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan bagi komuniti di Shah Alam yang berminat untuk menambah pendapatan menerusi ekosistem gig ekonomi yang dibangunkan Bateriku.com.

Sebuah Kabin Pitstop Bateriku.com akan dibina di parkir kereta utama SACC Mall tidak lama lagi. Selain itu, syarikat media automotif di bawah naungan Bateriku.com, MotorManiac turut bersetuju untuk menganjurkan pelbagai acara permotoran dan automotif di situ.

Tempoh MoU ini adalah selama 2 tahun di mana semua premis komersial di bawah PREC akan mendapat akses kepada rangkaian produk dan perkhidmatan terkini Bateriku.com yang dilaksanakan di SACC Mall.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab Ghani, kerjasama antara PREC dan Bateriku.com bakal memberi impak positif dan memberi nilai tambah kepada kemudahan fasiliti di SACCMall.

Melalui kerjasama strategik ini, Bateriku.com akan memberikan peluang menarik kepada penyewa dengan menawarkan diskaun istimewa, baucar, kupon, dan akses kepada lebih 1 juta pelanggan Bateriku.com dengan penyertaan dalam acara-acara anjuran SACC Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi pula berkata, kerjasama ini akan dapat menambah baik pengalaman membeli belah dan pengalaman pemilikan kenderaan.

Penyewa dan pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR di pintu masuk SACC bagi mendapatkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan dari Bateriku.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply