ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Jaga-jaga Wuling Mini EV, Geometry M2 sedang rancak diuji!

Foto Intip

Views

Sekali lagi unit ujian EV cilik Geometry M2 dikesan menjalani ujian di China. Model elektrik mini untuk pasaran negara China keluaran anak syarikat Kumpulan Geely itu bakal menjadi pencabar kepada Wuling Mini EV.

Selain Mini EV, dua lagi pesaingnya Chery QQ Ice Cream dan Dongfeng Fengguang Mini EV bakal berentap dengan M2 nanti. Reka bentuk M2 telah didedahkan oleh MIIT pada bulan September yang lalu.

Dari segi dimensi, hatchback dua-pintu empat-tempat duduk ini berukuran 3,065mm panjang, 1,522mm lebar dan 1,600mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 2,015mm. Beratnya hanya 715 kilogram sahaja dan menggunakan tayar bersaiz 13-inci.

Dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu 27 kuasa kuda dan 41 kuasa kuda. Motor elektriknya terletak di hadapan dan digandingkan bersama pek bateri lithium iron fosfat, namun kapasiti baterinya tidak diketahui.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Walaupun Geometry kini merupakan jenama yang tersendiri, ia masih ditampal dengan perkataan Geely di belakang.

Model Geometry yang lain pula tidak sebegitu dan ada kemungkinan Geely Group berhasrat untuk memasarkannya di bawah nama Geely untuk pasaran eksport.

Buat masa ini, unit ujian M2 masih lagi sarat dengan pelitup celoreng. Sungguhpun begitu kita masih dapat melihat rekaan bentuk badannya yang petak dengan hud pendek dan cermin belakang yang besar.

Unit ujian ini memakai rim lima-jejari, tidak seperti foto yang didedahkan oleh MIIT. Kelihatan juga ruang kabinnya buat kali pertama yang menampilkan rekaan yang ringkas.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ia menggunakan kemasan hitam pada keseluruhan panel dalaman, stereng dua jejari, brek tangan dan tombol gear jenis dial. Kemasan fabrik tempat duduknya agak klasik dengan sentuhan reka corak jenis jejalur.

Kelihatan juga paparan skrin melintang di belakang sterengnya yang akan menjadi paparan instrumen, namun kita tidak dapat melihat skrin unit infohibur di konsol tengah, memandangkan foto yang ada hanyalah separuh sahaja.

M2 bakal dilancarkan ke pasaran China pada penghujung suku keempat (Q4) tahun ini. Penampilan sulungnya dijangka pada pameran Guangzhou Auto Show, bulan November ini.

Adakah Geometry M2 bakal menjadi calon mini EV Proton pada masa akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

Foto kredit Autohome dan Weibo

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply