ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang tiga unit kereta peronda Bezza kepada Polis Selangor

Berita Tempatan

Views

Perodua telah menyumbang tiga unit Bezza kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor) untuk digunakan sebagai kenderaan peronda. Bezza yang telah dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu beacon akan digunakan di IPK Selangor, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK Bukit Aman) serta Polis Daerah Hulu Selangor (IPD Hulu Selangor).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih buat Polis Diraja Malaysia, khususnya IPK Selangor yang telah menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat. Majlis penyerahan telah diadakan di IPK Selangor, Shah Alam pada hari Selasa yang lalu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Replika kunci telah disampaikan oleh Datuk Zainal kepada Ketua Polis Selangor Comm Datuk Noor Azam Jamaludin serta disaksikan oleh Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, SAC Datuk Kumaran Karuppannan, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman, SAC Tuan Sukardi Tulus serta Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

Tambah Datuk Zainal, Perodua Bezza merupakan kenderaan peronda yang sesuai kerana ia boleh dipercayai, lasak, mudah dipandu dan cekap kos dari segi penyelenggaraan serta penggunaan bahan api. Selain itu, saiz Bezza yang kompak memudahkan ia dikendali, terutamanya dikawasan yang sempit.

Walaupun saiznya kompak, namun ruang dalamannya sangat luas. Dengan rangkaian servis kenderaan yang terbesar di Malaysia, Perodua yakin bahawa pihak polis akan mendapati Bezza ini memenuhi dan menepati keperluan tugasan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply