ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Getaways akan ke Pulau Pinang 18 Jun ini, jalan-jalan sambil makan durian!

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), bakal membawakan anda kembara luar jalan durian Ford Ranger Getaways ke Pulau Pinang pada 18 Jun 2022.

Acara tersebut diadakan selepas program Pengalaman Latihan Ranger/Raptor yang telah berlangsung dengan jayanya di Sepang, baru-baru ini.

Ford Ranger Getaways merupakan sebuah platform digital yang diwujudkan untuk menawarkan para pelanggan dengan pengalaman unik ‘Live the Ranger Life’ melalui pelbagai pilihan pengembaraan yang menarik.

Ia akan bermula pada 18 Jun di Ford Juru, Pulau Pinang, di mana para peserta akan terlebih dahulu berkumpul bersama para pemilik Ranger yang lain.

Para peserta kemudiannya ke Jeti Batu Musang, di mana mereka berpeluang untuk menguji keupayaan Ranger mereka melalui pelbagai jenis laluan atas jalan dan off road, dengan bimbingan para pelatih profesional.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Laluan yang bakal ditempuhi termasuk mengharungi air, pemanduan trek hutan, mendaki batu dan banyak lagi. Setelah menempuhi cabaran 4×4, para peserta akan kembali ke Balik Pulau, destinasi terkenal dengan durian, bertempat di Green Acres Orchard.

Di samping lawatan sekitar kebun tersebut, para peserta dapat berehat dan menikmati bufet durian tanpa had termasuk menikmati makan tengah hari.

Pengembaraan ini menawarkan pakej berharga RM976 untuk setiap kenderaan dengan cadangan maksimum seramai 4 orang. Tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web SDAC-Ford di platform Ford Ranger Getaways.

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh para peserta Latihan Ranger/Raptor di Sepang, mereka telah melalui pengalaman melebihi jangkaan terutamanya dari segi membiasakan diri akan keupayaan kenderaan mereka.

Walaupun acara tersebut berlangsung di Sepang, sebahagian para pengguna setia luar kawasan sanggup datang sejauh Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru untuk mengambil bahagian dalam latihan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Ranger Raptor, Ford Ranger Getaways merangkumi semua kategori bagi menyediakan peluang kepada semua rakyat Malaysia yang ingin mengembara di dalam negara.

Para pecinta alam boleh menyertai pemanduan santai ke Desaru, Johor untuk mengalami pengembaraan bertemu haiwan ternakan atau penerokaan hutan hujan pra-sejarah di Bukit Bendara, Pulau Pinang.

Kepada yang berhajat untuk menerbangkan pesawat, mereka boleh menyertai Simulator Penerbangan Kokpit Lengkap Airbus A320 dan mengembara di langit maya di Kuala Lumpur.

Bagi yang inginkan sesuatu yang lebih mencabar, mereka berpeluang untuk menjadi juruterbang sehari dan melihat pemandangan luas Kuala Lumpur dengan menerbangkan pesawat setinggi 1,500 kaki di bawah pengawasan juruterbang terlatih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekspedisi yang mencabar dan menarik dan jika ingin membuat tempahan bagi Ford Ranger Getaways, layari ketik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply