Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan bakal menawarkan Ranger Raptor generasi baharu dalam pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel bermula 8 Jun 2023.
Sama seperti model 3.0L Twin-Turbo EcoBoost V6 yang diperkenalkan tahun lalu, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel juga hadir dengan penampilan luaran yang sasa dan bertenaga.
Tempahan terawal 300 unit Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel ini akan dilengkapi dengan sistem kamera pemuka (dashcam) Kenwood DRV-A700W yang mempunyai fungsi kamera hadapan Wide-Quad HD (WQHD, 3.7MP) dan kamera belakang Full HD (FHD, 1080p).
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Ia turut dilengkapi dengan ‘G-Sensor‘ tiga paksi dan pautan telefon pintar nirwayar terbina dalam. Bukan itu sahaja, 300 penempah terawal itu juga akan menerima diskaun RM500 untuk satu (1) pakej Ford Ranger Getaways melalui kod promosi, dan boleh ditebus selepas penghantaran kenderaan.
Direka dan dibangunkan dengan DNA Ford Performance, Ranger Raptor telah berjaya menamatkan perlumbaan SCORE International Baja 1000 di Mexico yang merupakan perlumbaan ketahanan ‘off-road‘ yang paling mencabar di dunia.
Unit yang digunakan adalah keluaran kilang di Thailand dan telah berjaya menyelesaikan cabaran tersebut dalam tempoh 26 jam dan 21 minit.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, ramai pelanggan di Malaysia telah meminta versi enjin yang lain dan pihaknya kini menawarkan varian dengan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel sebagai pilihan.
Orang ramai dijemput ke majlis pelancaran rasmi Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel yang berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2023 di MRANTI Open Space, Pintu Masuk Barat (sebelum ini dikenali sebagai Taman Teknologi Malaysia), bertentangan Pavilion Bukit Jalil.
Lokasi ini dipilih kerana ia menyediakan pengalaman pandu uji yang meliputi permukaan yang berbeza seperti jalan tar, serta permukaan berdebu dan berbatu.
Mereka yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima rompi (Vest) Musim Sejuk eksklusif Raptor semasa penghantaran kenderaan. Siri jerayawara awam juga akan diadakan bersama Ford Experience Hub ke Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI