ARKIB

KATEGORI

Tular

Penasihat jualan Honda didakwa ‘ghaib’ setelah mengambil deposit, kerugian dianggar lebih RM1 juta!

Tular

Views

Impian ahli keluarga pemilik akaun Facebook bernama Vins Lim untuk memiliki kereta idaman berjenama Honda ‘musnah’ kerana didakwa ditipu oleh seorang penasihat jualan.

Menurut satu hantaran di Facebooknya, Vins memaklumkan seorang wanita bernama Chung Sak Fan kini sedang diburu setelah melakukan ‘aktiviti penipuan‘.

Wanita tersebut merupakan penasihat jualan yang terkenal di sebuah pengedar Honda di Petaling Jaya, dikatakan ‘ghaib‘ secara tiba-tiba setelah menerima deposit dan pembayaran penuh daripada pelanggan.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan juga syarikat pengedar tersebut, namun sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menangkap suspek yang masih bebas.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Akaun Facebook suspek tersebut yang menggunakan nama Feanne Chung turut dipadamkan, namun dia dikatakan masih menetap di Puchong.

Individu ini didakwa menyebabkan lebih 10 pelanggan mengalami kerugian besar, termasuk ahli keluarga Vins sendiri dengan anggaran keseluruhan melebihi RM1 juta.

Vins turut memberi peringatan dan menasihati orang ramai yang pernah berurusan dengan suspek ini dan mendapati diri mereka tertipu untuk segera melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Keluarga suspek pada mulanya telah berjanji untuk ‘membayar balik’, namun telah ‘memungkiri’ jani tersebut. Suami suspek bernama Paul Lee, yang merupakan ejen hartanah, ‘mendakwa telah berpisah’ dengannya angkara kes ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ia diburukkan lagi apabila ahli keluarganya yang lain turut tidak mengaku suspek adalah ‘darah daging’ mereka. Difahamkan suspek telah membuat perancangan rapi, di mana dia telah membuka akaun syarikat untuk mengumpul pembayaran penuh.

Dalam beberapa kes, pelanggan telah membuat pembayaran secara tunai di bilik pameran, dan dia telah berdalih dengan mengatakan sistem syarikat mengalami gangguan dan tidak dapat mencetak resit.

Sebagai ganti, suspek telah memberikan resit tulisan tangan kepada pelanggan. Apabila pelanggan dimaklumkan oleh syarikat bahawa mereka tidak membuat sebarang pembayaran dan tidak akan menerima kereta, mangsa akhirnya sedar bahawa mereka telah ditipu.

Tambah Vins lagi, dia memohon jasa baik orang ramai untuk menyebarkan maklumat ini dan sekiranya ada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menghubunginya menerusi Telegram @JILL578.

Setakat ini hantaran tersebut telah dikongsi sebanyak 212 kali di Facebook dan kisah ini turut mendapat liputan daripada pihak penerbitan akhbar Sin Chew Daily Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vins Lim

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply