ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger terus menjadi pilihan rakyat Malaysia

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melaporkan permintaan kukuh terhadap Ford Ranger telah meningkatkan pegangan pasarannya dalam segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama kepada 17.2 peratus, naik 1.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Menurut Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Pasifik, Ford Ranger terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh Malaysia dan menempa kecemerlangan di dalam pasaran. Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz pula berkata jualan syarikatnya yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan di Malaysia dan mereka akan terus komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pengalaman pemilikan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Baru-baru ini Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards. Ia membuktikan bahawa Ford Ranger sememangnya penanda aras industri bagi trak pikap yang berdasarkan beberapa kriteria seperti peningkatan dalam pegangan pasaran, strategi pemasaran, ciri-ciri penjualan dan kelebihan kompetitif utama.

Anugerah Frost & Sullivan ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini termasuk Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019, Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply