ARKIB

KATEGORI

Buletin

Collector’s Edition Beetle – Edisi khas terakhir, 75 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Mungkin ada masih belum tahu yang pengeluaran secara global model ikonik Volkswagen Beetle telah pun berakhir baru-baru ini. Sempena mengenang jasa model tersebut kepada industri automotif dunia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memberi penghormatan kepada ‘the Bug’ dengan  memperkenalkan Collector’s Edition Beetle yang eksklusif.

Hanya 75 unit ditawarkan dengan harga jualan RM164,390. Ia didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red). Collector’s Edition ini dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Ia merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Kesemua 75 orang pemilik juga akan menerima satu siijil pemilikan rasmi Collector’s Edition.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Collector’s Edition Beetle adalah untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Beetle. Sejak ia mula dipasang di Shah Alam pada tahun 1968, ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta yang disukai ramai ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Menjadi satu ikon reka bentuk dan objek ikutan ramai, Beetle direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, dan lebih 21.5 juta unit telah dijual di seluruh dunia. Selepas tiga generasi, Volkswagen mengumumkan bahawa ia akan menghentikan produksi Beetle.

Bersama-sama dengan Kombi, Beetle menyerlahkan persona istilah “keamanan, cinta dan kegembiraan.” Ia telah membuat kemunculan dalam banyak bentuk budaya pop – sebagai Bumblebee original, sebagai Herbie si Love Bug dan kereta pilihan Elle Wood dalam filem ‘Legally Blonde’. Karya popular artis Andy Warhol turut menampilkan Beetle, selain Beetle berwarna putih yang dipaparkan pada kulit album terakhir Beatles, Abbey Road.

Pelancaran Collector’s Edition Beetle merupakan sebahagian daripada kempen Bye Bye Beetle Volkswagen yang diadakan sempena acara Perhimpunan Ikonik pada 13 Julai lalu bertempat di Putrajaya. Semua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply