Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan formula harga minyak yang masih diguna pakai kerajaan sehingga ke hari ini seperti dicadangkan beliau beberapa tahun lalu kekal sebagai kaedah terbaik untuk menentukan harga bekalan bahan api itu.
Menurutnya, formula tersebut perlu dikekalkan buat masa ini kerana ia mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia selain perlu mengambil kira berapa harga siling yang patut dikenakan.
“Ini bukan soal formula tetapi soal keadaan ekonomi sekarang. Persoalannya harga minyak mentah dunia sekarang sekitar AS$83 ke AS$85 setong dan ada yang beritahu bahawa harga minyak mentah jatuh pada empat, lima bulan lepas mencapai lebih AS$100.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
“Jadi bila dah jatuh adakah kita cukup untuk turunkan harga minyak, sudah tentu bagi orang yang faham tentang sektor minyak dia ada soalan itu.
Tapi pada masa sama kita juga kena tengok berapa sebenarnya pendapatan yang kita ada sekarang dan kalau kita nak ubah harga siling RM2.05 seliter berapa banyak peruntukan tambahan yang kita kena buat,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu mengulas pertanyaan sekiranya terdapat cadangan atau formula daripada beliau untuk menurunkan harga minyak selepas menyertai Ceramah Mega Ayuh Malaysia Padang Serai, malam tadi.
Ketika ini, harga mingguan RON95 dan Diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter manakala RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Rafizi berkata, kerajaan juga perlu melihat sama ada tindakan menambah peruntukan bagi menurunkan harga minyak misalnya berbaloi atau sebaliknya berbanding menggunakan peruntukan itu untuk aktiviti ekonomi lain yang boleh memberi kesan berganda.
“Semua ini perlukan lebih banyak masa untuk kita tengok satu persatu kerana bila kita sertai organisasi atau pengurusan baharu sama ada kerajaan atau syarikat kita bukan masuk dan buang semua.
“Kita ada hala tuju tapi kena tengok apa yang ada, mana yang baik dan boleh diperbaiki. Fokus mana yang kita rasa tak boleh dan buang untuk perkenalkan yang baru dan sudah tentu ia memerlukan satu proses yang memakan masa.
“Jadi bahaya juga kalau semua menteri selepas 24 jam pertama (angkat sumpah) dah umum macam-macam sebab itu ibarat resipi menghadapi musibah, jadi saya rasa kita kena ambil langkah demi langkah kerana ia tidak seperti menguruskan syarikat sendiri tetapi menguruskan ekonomi,” katanya. – UTUSAN
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI