ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kreativiti ‘seni diorama kereta’ Sharil dapat perhatian warganet

Berita Tempatan

Views

Seorang pemuda tidak mensia-siakan bakat dimiliki untuk menghasilkan diorama kereta yang mendapat perhatian di TikTok.

Kreativiti Muhammad Sharil Muhammad Salim terbukti kerana mampu menghasilkan diorama seorang diri dan mendapat banyak tempahan daripada pengikutnya.

Menurut Harian Metro, pemuda berusia 33 tahun itu berkata, minat dalam pembuatan diorama mendorongnya untuk mempromosikan keunikan seni reka bentuk itu di akaun TikTok yang mempunyai hampir 100,000 pengikut.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Berkongsi pengalamannya, segalanya bermula sejak lima tahun lalu apabila rakannya mempromosikan hasil dioramanya yang berbentuk figura di laman sosial.

Kerana sambutan memberangsangkan, ada yang mula memintanya buat diorama jenis kereta dan daripada situlah tercetusnya idea untuk menjadikan ini sebagai karier sepenuh masa.

Tambahnya, sebelum ini dia hanya membuat diorama jenis figura dan patung tetapi kini fokus dengan diorama jenis kereta sahaja.

Menurutnya, percubaannya membuahkan hasil apabila dapat menjana pendapatan menerusi seni reka bentuk diorama ini walaupun belajar sendiri menghasilkannya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sharil tidak pernah mengikuti mana-mana kelas dan hanya belajar sendiri dalam membuat seni reka bentuk diorama ini.

Dia cuba menghasilkannya sendiri dan jika ketandusan idea, dia akan merujuk di internet untuk mendapatkan inspirasi.

Katanya, dia mengambil masa dua hingga tiga hari untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Oleh kerana dia bekerja sendirian, dia perlu melihat anggaran saiz dan perincian kereta untuk menyiapkannya.

Tetapi, biasanya kalau diorama kereta ambil masa dalam dua hingga tiga hari dan dijual pada harga RM 350 hingga RM 450 setiap satu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit diexxfigure

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply