ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Foto generasi keenam Honda CR-V versi pasaran China bocor!

Foto Tiris

Views

Inilah dia rupa sebenar Honda CR-V generasi keenam yang dimuatnaik ke laman rasmi Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China. Model SUV itu bakal membuat kemunculan di negara tesbut pada tahun ini.

Dalam artikel terdahulu, kami pernah memaparkan imej patennya yang telah dikongsikan menerusi akaun Facebook sahabat kami Vanhoe Rage.

Honda CR-V baharu menampilkan reka bentuk serba baharu dengan bonet depan lebih panjang, lampu hadapan jenis LED yang nipis, jeriji bersaiz besar dan rekaan bampar yang lebih kemas.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Reka bentuk belakangnya masih lagi mengekalkan lampu berbentuk ‘L’, namun ia kini lebih moden dan sekilas pandang ia persis Volvo XC60.

Kali ini tempat letak nombor plat dianjakkan sedikit ke atas dan kelihatan lencana varian Turbo yang menampilkan corong ekzos berkembar.

Dari segi trenkuasa, pembeli di China hanya akan mendapat enjin 1.5-liter empat-silinder turbocas sahaja yang menjana 190 kuasa kuda. Kuasa disalurkan kepada pacuan hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD) menerusi kotak gear CVT.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ada kemungkinan beberapa varian hibrid dengan lencana e:HEV bakal ditawarkan, salah satunya menggabungkan enjin 2.0-liter dengan dua motor elektrik, sama seperti model CR-V e:HEV semasa, manakala varian hibrid baharu dikatakan sedang dalam pembikinan.

Dari segi dimensi, CR-V versi China berukuran 4,703 mm panjang, 1,866 mm lebar, 1,680 mm atau 1,690 mm tinggi bergantung pada varian. Ini bermakna, ia 80 mm lebih panjang dan 11 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya.

Jarak antara gandarnya juga bertambah 41 mm kepada 2,701 mm, sekali gus memberikan ruang kabin yang lebih luas, dengan lima-tempat duduk dan turut berpotensi ditawarkan dengan varian tujuh-tempat duduk. Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan Honda Sensing yang terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply