ARKIB

KATEGORI

Buletin

Li Chunrong kata Proton bakal lancar tiga model baharu dalam tahun 2023 hingga 2024, agak-agak model apa ye?

Berita Tempatan

Views

Semasa pelancaran model Saga 2022 (MC2) semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, pengeluar kereta nasional itu merancang untuk memperkenalkan tiga model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menguatkan lagi hujah bosnya itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menjelaskan yang tempoh dua tahun itu adalah dari tahun 2023 hingga 2024.

Katanya, model baharu yang sepatutnya dirancang untuk suku ketiga tahun ini, iaitu SUV tujuh-tempat duduk Proton X90 terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan.

Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan, ditambah pula perintah berkurung yang sedang dikuatkuasakan di China.

Menurut info terkini dari ejen perisik Mat Bond, desas-desus mengatakan Proton X90 mungkin ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu versi tujuh-tempat duduk dan versi enam-tempat duduk (Captain Seat).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Selain Proton X90, ada dua lagi model sedang dirancang oleh Proton dan salah satu daripadanya adalah model sedan dengan namakod  SS11.

Besar kemungkinan, model sedan yang berasaskan Geely Emgrand generasi keempat itu akan menggunakan  nama Proton S50. Ini kerana nama tersebut telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Model yang berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50) mempunyai ukuran dimensi 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi dan jarak antara gandarnya pula adalah 2,650 mm.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi normal JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikhabarkan model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Satu lagi model yang mungkin dilancarkan oleh Proton nanti adalah model pengganti kepada MPV, Exora. Meskipun model facelift Geely Jia Ji meminjam kemasan jeriji ala ‘Infinite Weave’ Proton dan pernah disebut-sebut sebagai pengganti Exora, namun ia ‘kekal misteri’ hingga ke hari ini.

Sebelum ini, ejen Mat Bond pernah berkata yang Proton sedang membangunkan model pengganti Exora, namun ia bukannya berasaskan dari Geely Jia Ji.

Katanya, model MPV itu masih lagi menggunakan casis Exora semasa, namun tampil dengan reka bentuk dan enjin serba baharu. Satu lagi model yang mungkin dilancarkan di bawah ‘payung’ Proton adalah model crossover elektrik, smart #1.

Pada Januari lalu, Proton telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart untuk pasaran ASEAN.

Menerusi perjanjian tersebut, Proton Edar akan dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, (anak syarikat milik penuh smart Automobile) akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk jenama itu ke rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply