ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Honda Elevate dirakam sebelah HR-V, nampak macam serupa je kan?

Foto Intip

Views

Sekali lagi kelibat unit ujian Honda Elevate berjaya dikesan di Jepun dan kali ini ia berada betul-betul di sebelah abangnya, HR-V. Ia mirip foto yang pernah kami siarkan dalam artikel terdahulu.

Foto ini telah dimuatnaik oleh individu yang sama bernama tanigest. Sekilas pandang, unit ujian Elevate kelihatan ‘hampir seiras’ dengan HR-V, terutama sekali bentuk lampu depannya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Namun, Elevate kelihatan sedikit tinggi, manakala kedudukan cermin sisinya juga pada posisi yang sama dengan HR-V. Satu persoalan yang mula timbul, adakah Elevate ini ‘klon’ tak seiras kepada HR-V untuk pasaran India?

SUV kompak terbaharu Honda ini bakal membuat kemunculan sulung global di India pada 6 Jun 2023. Elevate bakal menjadi produk ketiga yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun itu di India.

Honda dijangka akan menawarkan pilihan enjin petrol 1.5-liter i-VTEC aspirasi alami (NA) yang menjana 121 kuasa kuda dan 145Nm daya kilas. Pilihan transmisinya punya terdiri daripada enam-kelajuan manual dan CVT.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Satu lagi pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin petrol 1.5-liter hibrid dari model City facelift yang dikhabarkan bakal menyusul kemudian.

SUV ini juga akan didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Honda Sensing dan turut dilengkapi ciri-ciri seperti kamera 360 darjah, tempat duduk hadapan berliang/ventilasi, pengecas nirwayar dan banyak lagi.

Fasa pengeluaran Elevate dijangka bermula menjelang bulan Julai, manakala penghantarannya menyusul kira-kira sebulan kemudian, iaitu menjelang penghujung bulan Ogos nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tanigest

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply