ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gadai nyawa demi kandungan media sosial – Remaja maut ketika cuba tahan lori

Berita Global

Views
Detik-detik Anak 14 Tahun Tewas Terlindas Truk Saat Bikin Konten di Pamulang

Demi menghasilkan kandungan video untuk tatapan pengikut di media sosial, seorang remaja maut selepas cuba menahan lori secara tiba-tiba. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universitas Pamulang.

Katanya, ketika remaja berkenaan tiba di hadapan Villa Dago, mereka memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan itu, Walaubagaimanapun, disebabkan lori itu membawa muatan pasir, ia tidak boleh menekan brek serta-merta kerana keadaan menjadi lebih bahaya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tambah Agus, pemandu tidak boleh menghentikan lori serta-merta kerana membawa muatan berat lalu melanggar remaja berkenaan sehingga jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang hingga paha. Pemandu lori itu pula ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang saksi dikenali sebagai Anjas berkata, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam. Katanya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mereka sengaja berbuat sedemikan kerana ada rakan mereka yang akan merakam aksi berkenaan untuk kandungan di media sosial. Menurutnya, penduduk setempat tidak senang dengan apa yang dilakukan kumpulan remaja itu kerana membahayakan nyawa.

Kata mereka, remaja tersebut sering berkumpul di laluan ini dan pihaknya akan mengusir mereka kerana tidak mahu mereka melakukan aktiviti berbahaya ini. Anjas berkata, ketika kejadian kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar dan cedera parah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply