ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kemelut alat ganti sedang diatasi Proton namun ia mengambil masa

Berita Tempatan

Views

Kemelut alat ganti yang tidak berkesudahan masih lagi menghantui pengeluar kereta nasional, Proton sehingga kini. Ia mengakibatkan ramai pemilik terkesan dan terpaksa menanti sehingga berbulan-bulan untuk membaiki kenderaan mereka.

Menurut rakan kami di Careta.my, dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, tenaga mahir tempatan berpengalaman sedang di’rekrut’ bagi membantu Proton menyelesaikan masalah tersebut. Kata sumber tersebut, pihaknya sedang dalam proses merungkai kekusutan yang ada dan mereka kini membawa masuk tenaga mahir tempatan berpengalaman bagi menyelesaikannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Buat masa ini, syarikat itu masih mengimport banyak alat ganti dan komponen dari China kerana ia ‘mendapat hak istimewa‘ daripada kerajaan Malaysia. Pada mulanya pihak Careta beranggapan punca masalah itu adalah hasil dari serangan siber oleh penggodam terhadap sistem komputer Proton, namun perkara tersebut telah pun diselesaikan.

Namun, yang masih menjadi masalah ialah pengurusan yang kurang berpengalaman dalam mengendalikan syarikat automotif di luar negara China dan akibatnya, sistem komputer yang separuh jalan kerana tidak ada perancangan alternatif, sekiranya ada isu lain seperti COVID-19.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kebanyakan daripada mereka ini tidak pernah bekerja di luar China, dan Geely sendiri tidak begitu mahir dalam selok-belok operasi CKD. Ini ditambah dengan sikap tidak percaya kepada warga tempatan dan juga tindakan lepas tangan dari kerajaan. DRB-Hicom juga dilihat sudah tidak mempunyai kawalan langsung ke atas Proton.

Tambah Careta, seorang seorang pemerhati industri yang juga arif dengan isu alat ganti Proton ini berkata, yang menerima bahana masalah sekarang ialah pengguna. Sebenarnya pada kami, isu ini kian rumit memandangkan ada dua pihak yang terkesan, iaitu pengguna dan juga pengedar yang memiliki pusat servis.

Pengguna akan menekan pengedar kerana mahu kereta mereka segera dibaiki, manakala pengedar ‘berada dalam dilema’ kerana mereka ‘tersepit’ di tengah-tengah kerana masalah ini. Kami sangat berharap agar ia berjaya diselesaikan segera kerana ‘nama Proton semakin kurang dipercayai‘ akibat isu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply