ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gadget Shop by Mr. Auto DIY – Laman e-dagang automotif dengan tawaran harga lebih murah!

Berita Tempatan

Views

Gadget Shop by Mr. Auto DIY, sebuah platform perniagaan e-dagang terkini berkonsepkan IR4.0 telah dilancarkan di Malaysia pada 28 April 2020. Ia memberikan akses penuh kepada semua pengunjung laman web serta usahawan dalam talian untuk jual beli dalam industri automotif.

Idea platform ini tercetus kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 yang lalu ekoran dari pandemik COVID-19. Kesannya, banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai individu telah terjejas sumber pendapatan.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Sektor automotif tempatan turut berdepan situasi ‘amat’ sukar apabila jualan kenderaan pada Mac dan April 2020 mencatatkan penyusutan teruk, malah pusat pengedaran juga berdepan isu aliran tunai termasuk membayar gaji pekerja yang terpaksa bercuti susulan PKP, bayaran balik pinjaman, kos operasi yang tinggi dan stok kenderaan yang tidak terjual.

Justeru, Gadget Shop by Mr. Auto DIY diwujudkan bagi membantu pembeli untuk mendapatkan barangan alat ganti dan gajet kenderaan pada harga borong dan peluang perniagaan dalam talian kepada usahawan dalam industri automotif melalui kemudahan platform iklan percuma.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Peluang ini sangat berguna terutama kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam talian automotif mereka sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Menurut Pengasas platform Gadget Shop by Mr. Auto DIY, Alan Hoo, pengunjung laman web ini boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan canggih untuk kelengkapan kenderaan pada harga lebih murah.

Tambahnya,  bagi usahawan, platform ini telah tersedia untuk anda gunakan secara percuma pada bila-bila masa. Iklan tanpa had. Selain dari peluang jual beli barangan automotif, platform ini turut menawarkan khidmat iklan jual beli kereta baharu dan terpakai secara percuma.

Harga kereta dijamin lebih murah berbanding biasa dan pelbagai pilihan kereta berkualiti, menanti para pembeli di sana. Tambah Alan lagi, pihaknya mempelawa semua syarikat perniagaan kereta baharu dan terpakai di seluruh negara untuk mengiklankan kereta di platform ini. Untuk maklumat lanjut layari Gadget Shop by Mr. Auto DIY menerusi pautan ini https://mrautodiy.com/gadgetshop/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply