Mulai 1 Julai 2022, Shell Malaysia dan BonusLink memperkenalkan penambahbaikan kepada ganjaran Extra dan program kesetiaan sedia ada.
Lebih 14.9 juta ahli seluruh negara bakal ditawarkan dengan empat tahap struktur ganjaran iaitu Member, Silver, Gold dan Platinum. Ini membolehkan ahli meningkatkan tahap ganjaran dengan mengumpul lebih banyak mata BonusLink di Shell.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Sama ada mengisi minyak, membeli snek atau pelincir, pelanggan dengan mudah menambah koleksi mata BonusLink menerusi kad atau aplikasi BLINK.
Bergantung kepada tahap status mereka, ahli layak untuk menikmati ganjaran eksklusif pelanggan dan pelbagai faedah sehingga 3X ganda mata ganjaran BonusLink, promo Deli2Go dan Upsize Coffee, diskaun untuk produk Shell, hadiah hari jadi dan banyak lagi.
Pengurus Besar Mobiliti, Shell Malaysia & Singapura, Seow Lee Ming berkata kerjasama dengan BonusLink membolehkan mereka memberi pengalaman ganjaran tambahan setiap kali mereka mengisi minyak dan membeli-belah di stesen.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi pula menambah, mulai Julai 22, pihaknya membawa perkhidmatan kesetiaan ke tahap seterusnya buat ahli-ahli yang setia.
Ayuh gandakan ganjaran Extra dan kunjungi stesen Shell yang berhampiran untuk menambah mata BonusLink mulai sekarang.
Pengguna baharu boleh mendaftar BonusLink di mana-mana stesen seluruh negara atau memuat turun aplikasi BLINK. Usah berlengah lagi!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI