ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Cars bina kilang pengeluaran ketiganya di Eropah, khusus untuk kereta elektrik

Berita Global

Views

Volvo Cars baru-baru ini mengumumkan yang mereka bakal membina kilang pengeluaran ketiganya di Eropah bagi memenuhi permintaan untuk kehendak pasaran kereta elektrik dan potensi pasaran masa hadapan.

Kilang serba canggih terbaharu yang terletak di Slovakia hanya akan mengeluarkan kereta elektrik, sekali gus mendokong hasrat mereka untuk menuju ke arah elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2030 dan iklim neutral menjelang dekad seterusnya (2040).

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Fasiliti ini melengkapi kilang sedia ada di Ghent, Belgium dan Torslanda di Sweden. Ia bakal menelan belanja kira-kira 1.2 bilion Euro (RM5.53 bilion) dan terletak berhampiran dengan Kosice, di mana ia bakal menjadi kilang kereta kelima di negara tersebut.

Volvo Cars bercita-cita untuk menjual 1.2 juta kereta setahun menjelang pertengahan dekad ini. Pembinaan kilang tersebut bakal bermula pada 2023, manakala kelengkapan dan barisan pengeluarannya akan mula dipasang pada 2024.

Pengeluarannya pula akan bermula pada tahun 2026. Kilang ini hanya akan menggunakan tenaga iklim neutral dan direka untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran kereta elektrik premium yang mampan dan cekap dengan susun atur dan aliran logistik yang optimum.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ia bakal menghasilkan sehingga 250,000 unit kereta setahun dan dijangka membuka ribuan peluang pekerjaan dalam wilayah tersebut. Kilang ini juga boleh diperbesarkan lagi pada masa hadapan.

Pembinaan fasiliti Kosice merupakan kilang pengeluaran pertama Volvo Cars yang terbaharu di Eropah sejak hampir 60 tahun.

Kilang pengeluaran di Torslanda dirasmikan pada 1964, manakala kilang di Ghent menyusul beberapa tahun kemudian. Gabungan kesemua fasiliti ini mampu mengeluarkan 600,000 unit kereta setahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply