ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ganti pam minyak bermasalah – UMW Toyota umum Kempen Servis Khas untuk beberapa model Toyota dan Lexus

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan jenama Toyota dan Lexus di Malaysia telah mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) atau dalam istilah mudah ‘memanggil balik’ (recall) bagi menggantikan pam minyak pada beberapa unit model dari kedua-dua jenama tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat kira-kira 12,000 unit model Toyota yang terlibat, antaranya Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner. Bagi model Lexus pula, sebanyak 1,500 unit yang terlibat, antaranya GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450.

Kesemua model yang terlibat telah dikeluarkan antara tahun 2013 hingga 2019 dan diedarkan oleh UMWT. Walaubagaimanapun, model yang tiada dalam senarai tidak akan terjejas dengan kempen tersebut. Kenderaan yang terlibat telah dipasang dengan pam minyak yang mungkin mengalami masalah hingga menyebabkan operasinya terhenti.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Apabila ia berlaku, lampu amaran dan informasi akan dipaparkan pada panel instrumen, dan ia mungkin menjejaskan kuasa enjin. Ini akan mengakibatkan kereta terhenti dan tidak dapat dihidupkan. Senario ini mungkin akan meningkatkan risiko kemalangan semasa kereta dipandu pada kelajuan tinggi.

UMWT akan memaklumkan kepada semua pemilik kenderaan yang terjejas untuk mengganti pam minyak yang bermasalah itu tanpa sebarang bayaran. Namun begitu, kerja-kerja penggantian mungkin bergantung kepada jenis model kereta. Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta yang terlibat boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis Toyota yang berhampiran atau menghubungi Talianpercuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply