ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bos besar Shell rai pekerja ambil keputusan SPM pakai uniform syarikat – Dapat jam G-Shock tu!

Berita Tempatan

Views

Semalam, adalah hari paling penting buat pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 kerana keputusan peperiksaan tersebut telah pun diumumkan. Pelbagai cerita kisah suka duka, ada yang berjaya dan ada pula yang sebaliknya. Namun, tular satu video di media sosial seorang pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan tersebut dengan memakai uniform pekerja Shell.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Dalam video tersebut pelajar dengan nama Twitternya, Amirfufu telah dipanggil naik ke pentas dan menerima sorakan serta tepukan gemuruh daripada rakan-rakanya kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Video tersebut telah mendapat perhatian daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Beliau membuat kejutan untuk berjumpa dengan pelajar tersebut bersama kedua ibu bapanya. Pelajar itu telah diraikan dan menerima hadiah dari pihak Shell Malaysia, selain berpeluang untuk mengikuti kumpulan kedua hero site Shell bagi mendalami lebih lanjut mengenai syarikat tersebut selama tiga tahun.

Kata Amirfufu, dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Dalam masa yang sama juga, Shairan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pekerjanya yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2019 dan berharap mereka semua terus berjaya supaya dapat merialisasikan impian masing-masing.

Tahniah kami ucapkan kepada adik Amirfufu dan rakan-rakan!

Sumber : Siakap Keli, Amirfufu dan Pakcik Shell

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply