ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu mabuk warga emas didenda RM6,000

Berita Tempatan

Views

Seorang warga emas berusia 71 tahun didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas mengaku salah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 6 Jun lalu. Menurut Berita Harian, tertuduh, Syed Mahmood Syed Nazimuddin, 71, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 6 Jun lalu jam 11.05 malam ketika memandu sebuah kereta jenis Mercedes-Benz dan ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dalam ‘Op Mabuk‘ di Jalan Kampung Baru Si Rusa. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh didenda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Mengikut kertas pertuduhan, ketika ditahan, ujian menunjukkan bacaan 211 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah yang mana melebihi had ditetapkan 80 mg alkohol/100 mililiter darah. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi. Tertuduh kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda RM6,000 itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply