ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara langgar peraturan jalan raya, 34 penunggang basikal disaman

Berita Global

Views

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura telah menyaman seramai 34 individu berbasikal kerana melanggar peraturan jalan raya kelmarin dan semalam.

Menurut Berita Harian, LTA dalam satu kenyataan di Facebook rasminya semalam, individu terbabit dikesan tidak bertanggungjawab kerana berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar atau tidak berhenti di lampu isyarat, termasuk dua individu berbasikal bertentangan dengan arus trafik.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Mereka disaman di beberapa lokasi di Singapura oleh pegawai LTA yang disertai oleh pegawai Polis Trafik semasa operasi penguatkuasaan dijalankan yang memberi tumpuan kepada pengguna alat mobiliti peribadi (PMD), lapor agensi berita CNA.

Dari AYE (Ekspreswe Ayer Rajah) dan Lebuh Raya West Coast hingga ke Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road, pihaknya memanfaatkan peluang ini untuk menyampaikan mesej berbasikal dengan selamat dan bertindak tegas terhadap individu berbasikal yang tidak bertanggungjawab.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Meskipun ramai yang mematuhi undang-undang, pihaknya mendapati 16 individu berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar dan lagi 16 tidak berhenti di lampu trafik. Dalam masa yang sama LTA turut mengingatkan orang ramai walaupun aktiviti berbasikal adalah ‘cara yang baik untuk menjaga kesihatan sambil meneroka Singapura’

Pihaknya juga sedia maklum bahawa semakin ramai orang yang mengamalkan kaedah yang ‘lebih mesra alam’ namun, mereka juga sepatutnya menjaga keselamatan di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Land Transport Authority – We Keep Your World Moving

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply