ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha YZF-R15 kini dengan pilihan warna baharu – Harga RM11,988

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini menambah satu lagi pilihan warna baharu untuk para peminat model Yamaha YZF-R15 2021, iaitu Perak (Silver), selain dua warna sedia ada warna hitam dan biru (Race Blu)

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tiada kenaikan harga bagi YZF-R15 warna baharu ini dan ia masih kekal RM11,988 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insuran). Jentera dua roda ini juga turut mengekalkan enjin silinder tunggal berkapasiti 155cc dengan VVA yang mampu menjana 19 kuasa kuda dan 14.7Nm daya kilas.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan cekam assist/slipper. Apa yang menarik, warna baharu ini kelihatan sangat ranggi terutama sekali pada bahagian rim aloinya yang dicat dengan warna kuning.

HYLM juga menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km jarak perbatuan (yang mana tiba dahulu) untuk model ini. Di samping itu, pembeli YZF-R15 turut dihadiahkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara pecuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply