Harian Metro melaporkan, tindakan seorang lelaki yang tertekan injak pecut (pedal minyak) kereta dipandunya menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kemalangan yang membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa itu dipercayai berlaku jam 5.46 petang. Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan tersebut.
Tambah beliau, dia kemudiannya dikatakan tidak dapat mengawal kenderaan setelah tertekan injak pecut sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu. Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
Kata beliau lagi, kenderaan itu turut merempuh dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang. Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.
Tambahnya, kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan. Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek pula didapati negatif. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
KOMEN TERKINI