ARKIB

KATEGORI

Rencana

Sukan bermotor negara lesu, apa puncanya?

Rencana

Views

Sejak kebelakangan ini sukan bermotor negara nampak tidak serancak dahulu. Ditambah pula dengan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, ia dilihat semakin lesu. Kami kongsikan pandangan dari saudara Azad Jasmi mengenai isu ini. Beliau merupakan seorang ‘pemandu professional terlatih’ dan salah seorang daripada ‘jedi’ yang dididik oleh Tengku Azizan yang kisahnya kami paparkan dalam artikel terdahulu.

Kenapa Sukan Bermotor Negara Lesu?
Azad Jasmi l 18 Julai 2020
————————————

Pada pandangan peribadi, bukan bermotor boleh dilihat dalam 3 perspektif iaitu :-

1. Sebagai hobi
2. Sebagai sukan
3. Sebagai industri

Di Malaysia, jika tak salah saya, saya lihat hanya komponen “hobi” dan “sukan”. Untuk hobi, jadi pastinya yang ada duit dan akan mencari duit untuk dilaburkan bagi memenuhi keinginan “hobi” tadi. Analoginya macam minat memancing, minat main papan selaju (skateboard), minat main muzik contohnya. Jadi, takkanlah nak minta “tajaan” sekadar untuk penuhi hobi kita.

Sama juga dengan sukan, kita akan cari peluang dan ruang untuk bermain sukan. Mungkin ada penaja bagi memenuhi kehendak bersukan. Kenapa tidak wujud kemapanan atau “sustainability” di dalam sukan bermotor? Ini kerana tidak ada satu ekosistem yang boleh menjadikan sukan bermotor sebagai satu industri bagi menjana pendapatan buat semua yang terlibat.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Hal ini perlu diambil serius oleh pembuat dasar seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi pelaksana. Bila dikatakan sebagai satu industri, keseluruhan stakeholders atau pihak yang berkepentingan bermula dari pembekal, vendor, mekanik, juruteknik, pemilik bengkel, pembina enjin, pembangun casis, penala (tuner), pasukan acara, pemilik pasukan dan semua yang terlibat dapat membangunkan kenderaan, memandu atau menunggang dan keseluruhan pekerja perlu ada peluang menjana pendapatan.

Jadi, jika sukan bermotor hanya dilihat sebagai hobi dan sukan, maka akan ada persoalan seperti kesukaran mendapatkan penaja, sukar ada slot dalam akbar untuk agenda dan cerita sukan bermotor, kurang liputan dan kesukaran penerimaan syarikat memberikan dana kerana sukan bermotor dilihat sebagai “perbelanjaan” dan “menghabiskan duit”.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka yakni syarikat kerana di Malaysia, tiada pulangan hakiki yang dapat dilihat baik dari segi “pendedahan”. Namun jika dilihat diluar negara, sukan bermotor ini merupakan satu industri untuk rakyat “‘mencari makan” kerana ada peluang menjana pendapatan untuk semua yang terlibat.

Ada 5 cadangan peribadi untuk meningkatan tahap sukan bermotor di Malaysia :-

1. Agensi dan pembuat dasar perlu mengambil orang yang tahu bidang sukan bermotor. Perlu ada “naluri berniaga (business sense)” dan “kepintaran berniaga (business acumen)” bagi melaksanakan program dan projek.

2. Pelaksana perlu mewudkan polisi dan menjadikan sukan bermotor sebagai satu industri yang “dikawal selia (regulated)” dengan ada dasar khusus untuk cukai, dana, pendidikan, sokongan untuk bangunkan industri bukan sekadar tajaan untuk penunggang dan pemandu tetapi dana bangunkan tenaga kerja seperti bengkel dan pekerja.

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian

3. Pihat KBS perlu berbincangan dengan rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman namun kerap kali setiap perjumpaan yang dibuat, serta cadangan yang diambil tidak diambil pakai. Akhirnya keputusan dibuat berdasarkan pandangan orang lain yang tidak ada pengalaman.

4. Perlu ada Dasar Sukan Bermotor Negara dengan segala aspek diambl kira. Jika kita lihat adanya Rangka Tindakan (Blueprint) Pendididikan Negara.

Tapi yang sedihnya setiap kali tukar pucuk pimpinan maka bertukarlah polisi. Namun mereka tidak faham, sama ada BN, PAS, DAP, PN, PH atau mana-mana parti memerintah, industri sukan bermotor tetap sama. Bukannya jika satu parti memerintah, litar Nurburgring jadi panjang atau satu parti memerintah, omboh (piston) kereta terus jadi empat segi dan satu parti memerintah, kereta dan motor tidak perlu pakai minyak.

Jika sudah wujud polisi, maka laksanakan lah dan usah bertukar-tukar. Parti dan manifesto boleh tukar tetapi seperti sukan bermotor, isunya tetap sama.

5. Ambil orang yang tahu membuat kerja. Pangkat, jawatan dan hubungan politik bukan lah jaminan boleh buat kerja. Yang buat kerja itu bukan pangkat dan jawatan tetapi ilmu dan pengalaman.

6. Buatlah “Pencarian Bakat Di Seluruh Negara” bukan untuk pemandu dan penumpang sahaja, bahkan cari lah juga mereka yang berbakat bermula dari mekanik, dan bentuk serta bimbing mereka sebagaimana kita didik dan bimbing pemandu dan penunggang. Bawa dan beri mereka slot di pasukan yang baik di dunia.

Saya berharap bahawa sukan bermotor bukan dijadikan satu retorik mencari dana dan tajaan, dan bila tiada tajaan maka tiada aktiviti. Kelemahannya ialah kerana tiada satu rangka pembangunan sukan bermotor yang khusus.

Yang baik dari Allah dan buruk dari saya pastinya.

“Majulah Sukan Bermotor Untuk Negara”

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply