Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah memperuntukkan lebih daripada RM 1 juta kepada kelompok masyarakat yang terjejas sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan tersebut adalah dalam bentuk produk-produk keluaran Gardenia, telah diedarkan kepada kelompok keluarga B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank Siswa di seluruh Semenanjung Malaysia.
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL), Koh Chin Huat, berkata pihaknya memahami kesukaran yang bergantung kepada gaji harian semasa tempoh ini dan berharap sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban mereka. Semasa Fasa 1 PKP, GBKL telah memperuntukkan lebih 23,500 produk Gardenia bernilai lebih kurang RM40,000 untuk membantu kelompok keluarga B40, para petugas barisan hadapan dan para pelajar yang bergantung kepada Program Food Bank Siswa di universiti mereka.
GBKL juga telah memulakan pusingan kedua pemberian produk-produk Gardenia kepada lebih ramai keluarga B40 yang telah di kenalpasti, bermula pada 13 April 2020 lalu. Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Gardenia akan menghantar pek pemberian dalam jangka masa 3 minggu sehingga 4 Mei 2020, kepada 13,000 keluarga B40 di Semenanjung Malaysia.
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
Setiap pek pemberian mengandungi satu buku roti putih ‘Gardenia Original Classic’, 1 tub Kaya Auntie Rosie (Original) dan dua paket ‘ Delicia Toaster Waffles’. Semasa Fasa 2 PKP, GBKL telah memperuntukan lebih daripada 13,000 buku roti putih ‘Original Classic’, 13,000 tub kaya dan 26,000 paket Toaster Waffles, semuanya berjumlah 54,000 produk, yang bernilai RM108,000 khas buat kelompok keluarga kategori B40.
Selain itu, GBKL juga memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan pek pemberian produk kepada keluarga-keluarga yang terkesan di sekitar premis-premis operasi Gardenia. Menurut Koh, pihaknya berharap agar program ‘Gardenia COVID-19 Aid’ akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang amat memerlukan. Dalam masa yang sama, beliau juga menggesa para pengguna agar bertenang, dan membeli produk Gardenia mengikut keperluan keluarga seperti biasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
KOMEN TERKINI