ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely labur berbilion ringgit di Malaysia untuk teroka pasaran rantau Asean

Berita Tempatan

Views

Gergasi automotif dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dikatakan sedang merancang untuk menambah pelaburan berbilion ringgit di Malaysia sebagai hab mereka di rantau Asia Tenggara (Asean), menurut pakar industri.

Mereka berkata, keputusan syarikat tersebut untuk memberi tumpuan kepada Malaysia sebagai habnya adalah tepat memandangkan hubungan yang terjalin dengan kerajaan melalui Proton Holdings Bhd.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu mendedahkan bahawa Geely akan memulakan pelaburan bernilai AS$10 bilion (RM45.3 bilion) bagi menjadikan Tanjung Malim di Perak sebagai bandar auto terbesar di rantau ini.

Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum laporan mengenai pelaburan Geely di Thailand muncul. Dilaporkan bahawa Geely sepatutnya memasuki pasaran Thailand dengan kenderaan elektrik (EV).

Namun, portal automotif Headlight Mag, menyatakan bahawa Geely telah membatalkan rancangan itu dan sebaliknya mengalihkan tumpuannya ke Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Portal itu juga menyatakan bahawa Geely bersedia untuk melabur dalam pengeluaran kereta di Thailand bernilai 10 bilion baht, dengan anggaran kapasiti tahunan sebanyak 100,000 kenderaan.

Penganalisis automotif bebas Shamsul Yunos berkata, bahawa Proton sentiasa mempunyai rancangan untuk menjadi hab Geely. Bagaimanapun, ia masih belum menjadi kenyataan.

Katanya, Geely sudah pun menjalin hubungan baik dengan kerajaan Malaysia melalui Proton. Maka, ada kemungkinan mereka akan meneroka pelaburan selanjutnya di Malaysia.

Shamsul menambah, kenderaan elektrik (EV) dijangka menjadi segmen penting dalam industri automotif tempatan mulai 2025.

Jelasnya, pelaburan semasa dalam kilang pemasangan enjin baharu dan barisan pemasangan badan baharu di Tanjung Malim telah memberikan Proton lebih kapasiti untuk memasang produk Geely seperti X50, X70 dan X90.

Meskipun belum ada pengumuman rasmi berkenaan pemasangan tempatan model EV, ia tidak lagi dapat dielakkan kerana kerajaan Malaysia telah ‘membuka peluang’ dengan jumlah pengecualian duti import dan duti eksais ke atas kenderaan tenaga baharu ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sebagai dua jenama automotif yang dominan di Malaysia, Proton dan Perodua akan menjadi yang paling rugi sekiranya terlepas pasaran EV dan tidak bersedia untuk melabur dalam kapasiti EV tempatan.

Seorang lagi pakar industri, Hezeri Samsuri berkata pelaburan Geely di Malaysia mungkin dilakukan berdasarkan insentif yang lebih baik untuk syarikat itu, apabila mereka menyertai program Automotive High-Technology Valley di Tanjung Malim.

Selain itu, dengan ‘menjenamakan semula’ produknya sebagai Proton di Malaysia, Geely yakin dengan pasaran yang besar untuk membantu mengekalkan projek Asean mereka. Hezeri menambah, pemasangan EV Geely di Proton adalah bergantung kepada keperluan pasaran.

Buat masa ini, Geely menggunakan Proton untuk memasang produknya dan satu varian enjinnya, tetapi kebanyakannya adalah untuk kegunaan tempatan.

Hezeri juga yakin Proton digunakan untuk memasang EV Geely di sini sekiranya ada permintaan pasaran. Namun, untuk produk EV tulen, kosnya terlalu tinggi dan jenama Proton terlalu lemah untuk dijual pada harga yang tinggi di luar negara. – New Straits Times

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply