ARKIB

KATEGORI

Tular

Harga Neta V yang tular adalah tidak tepat, hanya akan diumumkan bulan depan

Tular

Views

Neta Auto Malaysia (Intro Synergy Sdn. Bhd.) menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan, harga model pertamanya, iaitu Neta V yang tular di laman group Malaysian Electric Vehicle Owners Club adalah tidak tepat.

Menurut kenyataan tersebut, pihaknya menyedari isu yang tular berkaitan harga kenderaan elektrik (EV) Neta V di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Pihak Intro Synergy ingin menafikan harga yang dipaparkan dan ingin menjelaskan bahawa harga Neta V hanya akan diumumkan secara rasmi ketika majlis pelancarannya yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Intro Synergy juga akan mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Apa yang pasti, pihaknya akan mengumumkan harga Neta V beserta tawaran pakej yang menarik kepada semua pelanggan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Syarikat itu juga ingin memohon maaf kepada semua pihak yang berkepentingan atas segala kekeliruan yang timbul berhubung dengan isu tersebut.

Jika dilihat pada foto yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Nicholas Koo, harga Neta V yang dipaparkan adalah RM79,800 (harga atas jalan, tanpa insurans).

Ia adalah jauh lebih murah berbanding harga yang diumumkan semasa pengenalannya di pameran Malaysia Autoshow 2023, iaitu RM99,800.

100 pelanggan terawal yang membuat tempahan sepanjang pameran tersebut berlangsung menerusi laman sesawangnya akan menerima pakej nilai khas berjumlah RM10,000.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Harga yang dipaparkan sememangnya mengejutkan ramai pihak kerana pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak membenarkan syarikat mengimport EV yang berharga di bawah RM100,000.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata syarat yang ditetapkan adalah untuk melindungi jenama nasional iaitu Proton dan Perodua, sementara menunggu jenama nasional itu membangunkan EV masing-masing.

Neta V adalah EV kompak yang dibangunkan dari pelantar HPC dengan motor elektrik tunggal dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 38.5 kWj.

Ia dipacu oleh motor elektrik yang mampu menjana sehingga 94 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas, dengan jarak pemanduan sehingga 380 km dengan sekali cas penuh.

Model ini turut menyokong pengecasan AC dan pengecasan pantas DC, dimana menerusi pengoptimuman sistem pengurusan bateri, masa pengecasan boleh disingkatkan 30-80 peratus dalam masa 30 minit menggunakan pengecasan DC.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nicholas Koo

Foto kredit Neta Auto Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply