ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely ‘ikut jejak langkah’ Proton, perkenal Hao Yue Black Gold Limited Edition

Berita Global

Views

Sejak menjadi rakan strategik, kami perasan ada beberapa perkara ketara yang menampakkan Geely ‘mengikut jejak langkah’ Proton.

Selain meminjam kemasan jeriji ala ‘Infinite Weave’ pada beberapa model seperti Jia Ji facelift, Bo Yue Edisi 1 Juta dan Bo Yue Asian Games Edition, kali ini mereka memperkenalkan pula model Hao Yue Black Gold Limited Edition.

Ia seolah-olah ‘meniru’ Proton yang sebelum ini memperkenalkan dua model Black Edition iaitu Persona dan juga Exora.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Model ini sebenarnya adalah versi ‘Edisi Terhad’ Hao Yue yang dihiasi kemasan luaran hitam dengan calitan emas, manakala emblem “Black & Gold” ditampal pada bahagian belakang.

Harga bagi model Edisi Terhad ini bermula dari RMB 129,600 (RM 85,942) untuk versi 5-tempat duduk. Untuk versi 7-tempat duduk pula, harganya lebih mahal RMB 3,000 (RM 1,990).

Edisi Terhad ini masih menggunakan gaya reka bentuk Geely 4.0 yang berkonsepkan “Symphony of Space and Time” dengan kombinasi dwirona hitam dan emas bagi menyerlahkan kemewahannya.

Kemasan calitan warna emas kelihatan pada bahagian luaran, termasuklah jejalur rekaan jeriji utama, jejari rim aloi, bingkai sarung lampu kabus LED dan jejalur pelapik sisi badan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Calitan warna emas juga dibawa masuk ke dalam kabin dan kelihatan pada kemasan bingkai corong pendingin hawa, bingkai tombol gear, tombol kawalan mod pemanduan dan pemengang pintu selain jahitan bebenang emas pada papan pemuka. Tempat duduknya pula dihiasi kemasan kulit berwana perang gelap.

Model ini turut dilengkapi dengan radar undur, kamera panoramik 360-darjah, kawalan jelajah, parkir automatik, bantuan mula mendaki, bantuan turun cerun, kemasukan tanpa kunci, pintu belakang elektrik pintar, pemanas pada tempat duduk hadapan dan naik taraf penstoran awan firmware-over-the-air (FOTA).

Hao Yue Black Gold Limited Edition dikuasakan oleh enjin 1.8T dengan pengecasturbo yang menjana 184 kuasa kuda dan daya kilas maksima 300 Nm. Enjin ini dipadankan pula dengan pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 7-kelajuan dwicekam (DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sohu dan Autohome

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply