ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketiga Peugeot 308 semakin garang dan canggih!

Berita Global

Views

Pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot secara rasminya memperkenalkan model terbaharu mereka 308 yang juga merupakan model pertama memakai lencana ‘kepala singa’ baharu. Generasi ketiga 308 ini dibangunkan dari pelantar Stellantis EMP2 yang menyaksikan jarak antara gandarnya bertambah 55 mm.

Semasa mereka bentuk model ini, Peugeot juga telah merendahkan ketinggiannya sehingga 20 mm bagi menghasilkan profil yang lebih anggun. Kesemua varian 308 baharu didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED yang bersambung dengan lampu siang LED.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Untuk model GT dan GT Premium, lampu hadapan model ini menampilkan Teknologi Matrix LED Peugeot. Rekaan lampu LED belakangnya memperlihatkan ‘cakar singa’ yang lebih ringkas dan sedikit condong. Tujuh pilihan warna ditawarkan, termasuklah Olivine Green, Bianca White, Cumulus Grey, Nera Black, Pearlescent White, Vertigo Blue dan Elixir Red.

Ruang kabin 308 baharu masih menampilkan gaya rekaan i-Cockpit yang merangkumi paparan kelompok digital bersaiz 10-inci yang turut mempunyai ciri 3D pada model GT. Selain paparan infohiburan 10-inci, kelihatan juga butang i-toggles yang berada bersebelahan dengan skrin tengah serta corong pendingin hawa yang direka semula.

Turut diperkenalkan adalah perisian infohiburan terbaharu Peugeot, i-Connect yang membolehkan tetapan lapan profil pemandu yang berbeza dan menawarkan fungsi pencerminan skrin nirwayar.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

308 baharu dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan pemanduan serta keselamatan, dan bermula dari penghujung tahun ini, ia akan ditawarkan dengan pek Drive Assist yang merangkumi kawalan jelajah adaptif dengan Henti dan Mula, Bantuan Berlepas Lorong, penukaran lorong separa-automatik, Cadangan kelajuan yang dijangkakan dan Penyesuaian keluk kelajuan.

Peugeot menawarkan dua pilihan hibrid plug-in untuk model 308. Varian asas Hybrid 180 e-EAT8 dilengkapi enjin 150 kuasa kuda dengan motor elektrik 81 kW. Varian andalan Hybrid 225 e-EAT8 pula dilengkapi enjin 180 kuasa kuda dengan motor elektrik yang sama. Kedua-duanya menggunakan bateri lithium-ion 12.4 kWh.

Selain itu, 308 baharu turut ditawarkan dengan enjin petrol 1.2-liter PureTech 130 dan 1.5-liter BlueHDi 130 diesel. Buat masa ini perincian mengenai harganya masih lagi belum diumumkan dan pelanggan boleh membeli model ini melalui pengedar Peugeot dan dalam talian pada akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply