ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Staria 2021 – MPV dengan reka bentuk unik dan lain dari yang lain

Berita Global

Views

Setelah beberapa siri foto acah, Hyundai akhirnya menyiarkan foto-foto rasmi dan perincian mengenai model MPV terbaharu mereka, Staria 2021. Pandangan pertama pada reka bentuk model ini, sememangnya lain dari yang lain!

Reka bentuk hadapannya agak unik dan terus mengingatkan kami kepada ‘topi keledar Robocop‘, terutama sekali pada jejalur lampu siang LED yang melintang serta memanjang. Tidak seperti MPV Jepun yang berlekuk-lekuk, garis badan Staria lebih ringkas tetapi nampak lebih futuristik.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Dari depan, jeriji dan lampu utamanya telah diposisikan pada bahagian bampar. Para pereka Hyundai juga telah membuatkan visual sisi model ini nampak lebih rendah dengan rekaan cermin yang besar. Di belakang, rekaan Staria lebih konvensional dan kelihatan seperti sebuah van kargo dengan sepasang lampu belakang rekaan menegak serta tingkap lebih lebar.

Bakal pembeli model ini juga boleh memilih varian Staria Premium yang sememangnya lebih mewah dengan rekaan jeriji kemasan jejaring yang unik dengan kemasan tembaga yang turut menghiasi emblem, rim, cermin sisi dan pemegang pintu. Selain itu, Staria Premium turut dipasang dengan rim aloi bersaiz 18-inci dengan rekaan berlian.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menurut Hyundai, rekaan kabin Staria diinspirasikan dari “lounge kapal persiaran” dan dilengkapi dengan paparan infohiburan bersaiz 10.25-inci, tuil gear elektronik jenis-butang seperti model Santa Fe baharu dan paparan meter digital.

Semua varian Staria Premium turut didatangkan dengan pencahayaan ambien standard dan bagi versi tujuh-tempat duduk, mod santai membolehkan tempat duduk barisan kedua dicondongkan dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Untuk versi sembilan-tempat duduk pula, tempat duduk barisan kedua boleh berpusing 180 darjah bagi membolehkannya bertentang dengan penumpang di barisan ketiga. Model ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama tahun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply