ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha Y16ZR dilancarkan – Harga RM10,888

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan model kapcai yang paling dinanti-nantikan, Yamaha Y16ZR secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Model yang dikenali sebagai Exciter 155 VVA di Vietnam ini dijual pada harga RM10,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Phantom Grey, Arrow Blue dan Ragin Yellow. Menurut HLYM, 5,000 pembeli terawal akan menerima kantung kunci istimewa dari Royal Selangor yang diberikan secara percuma.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Y16ZR tampil dengan reka bentuk lebih moden dan sporty, berkongsi enjin 155 cc yang menjana model NVX 155 dan YZF-R15. Enjin silinder tunggal suntikan bahan api ini dilengkapi dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) yang menghasilkan 17.7 kuasa kuda dan 14.4 Nm daya kilas pada 8,000 rpm.

Walaubagaimanapun, kuasanya kurang sedikit berbanding R15 yang mampu menjana 19 kuasa kuda dan 14.7 Nm daya kilas. Enjin 155 cc ini disambungkan pula kepada transmisi enam kelajuan, cekap (slip & assist) bagi memastikan kelancaran semasa menukar gear.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kapasiti tangki bahan bakar Y16ZR ialah 5.4 liter, lebih besar berbanding model terdahulu, 4.2 liter. Kapcai ini menampilkan panel badan serba baharu dengan lampu depan dan lampu siang jenis LED. Rekaan lampu belakangnya pula kelihatan lebih runcing dan diinspirasikan daripada model YZF-R1.

Selain itu, prestasi tunggangan Y16ZR turut dipertingkatkan dengan kerangka yang lebih ringan dan kukuh, angkup brek dwi omboh dengan rotor brek 245 mm di bahagian hadapan manakala fork hadapan telah menerima talaan semula supaya lebih tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply