ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng penghantar makanan ‘sepakat’ beri makan kucing terbiar

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan penghantar makanan berpakat menjalankan khidmat murni memberi makanan kepada kucing terbiar di sekitar bandar Kota Bharu. Menurut Berita Harian, anak muda berkenaan membawa bekalan makanan kucing yang disumbangkan oleh orang ramai hasil perkongsian melalui laman Facebook untuk diberi kepada haiwan terbabit yang ditemui di lokasi sepanjang mereka menghantar makanan kepada pelanggan.

Seorang daripada mereka, Mohamad Saifullah Omar, 31, berkata program terbabit diadakan bermula setahun yang lalu dan kini disertai hampir 50 penghantar makanan yang menyertai aktiviti berkenaan secara sukarela di bawah Persatuan Pet Lover.

Katanya, ia merupakan salah satu inisiatif bagi membantu kucing terbiar untuk diberi makan terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan haiwan ini sukar mendapat makanan.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Tambahnya, mereka mengagihkan makanan ke kawasan tumpuan kucing terbiar seperti di pasar basah. Malah, ada masanya mereka berpakat secara berkumpulan untuk ke satu-satu destinasi bagi tujuan memberi makan kucing selepas selesai menjalankan tugas mereka.

Namun begitu, peluang yang diberikan digunakan sebaiknya termasuk mengehadkan penyertaan setiap kumpulan susulan PKP, selain menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Mohammad Saifullah yang juga Pengerusi Persatuan Pet Lover, berkata jika mereka kehabisan stok bekalan makanan kucing yang diberikan oleh penyumbang, pihaknya akan berpakat mengeluarkan sendiri modal untuk menjalankan aktiviti murni berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Kata Mohammad Saifullah, berkongsi rezeki dengan kucing ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan, malah setiap daripada mereka memang memastikan stok makanan ada tersimpan di dalam raga motosikal supaya boleh terus diagihkan kepada haiwan ini.

Biasanya mereka berpakat untuk berhenti rehat atau makan di tempat yang dijanjikan, seperti di kawasan taman yang luas memandangkan PKP tiada kedai yang dibenarkan makan di premis. Jadi, sekiranya ada kucing terbiar, mereka terus agihkan makanan kepadanya.

Tambahnya lagi, khidmat murni ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa selain mengajak lebih ramai pencinta haiwan untuk turut sama menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan mahupun bekalan makanan kucing bagi membantu haiwan terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply