ARKIB

KATEGORI

Tular

Video kereta dipandu lawan arus elak SJR tular

Tular

Views

Satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus tular di media sosial sejak semalam. Difahamkan kejadian didakwa berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), ketika kereta itu dipandu dari arah Jambatan Perai menghala ke Taman Inderawasih dekat Butterworth.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Menurut Utusan Malaysia, rakaman berdurasi hampir 30 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang penunggang motosikal di laluan bertentangan. Menurut rakaman itu, kereta yang berkemungkinan Mitsubishi ASX itu dikatakan dipandu melawan arus selepas pemandunya cuba mengelak sekatan jalan raya (SJR).

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Kereta itu dilihat menyalakan lampu kecemasan ketika dipandu di laluan paling kanan di laluan yang mempunyai tiga lorong itu namun dalam keadaan jalan lengang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Ujar beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 2.5 BORR manakala terdapat satu sekatan jalan raya Op COVID di KM 2.0 sejak 13 Januari lalu. Tambahnya lagi, polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lebuh raya itu bagi siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply