ARKIB

KATEGORI

Buletin

RM8,168 – Harga jualan Yamaha Y-Suku baharu

Berita Tempatan

Views

Dengar sini Bossku! Penantian kini berakhir kerana Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baharu sahaja mengumumkan harga jualan ‘kapcai idaman Malaysia’ Yamaha Y15ZR V2 yang membuat penampilan awal di Melaka bulan lalu.

Harga model kapcai Yamaha Y15ZR V2 atau dikenali dengan “Y-Suku” ini bermula dari RM8,168.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ia naik sedikit berbanding versi awal yang dijual pada harga RM7,888.00. Tapi harga di kedai kami tak berani nak jamin sebab gerenti akan berbeza, peminat Y-Suku mesti tahu kan?

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Berbaloi ke beli Y-Suku baharu ni?

Dari segi enjin, model ini masih mengekalkan unit enjin yang sama 150cc SOHC yang digandingkan bersama transmisi 5-kelajuan. Tapi kapcai yang digelar “Raja Jalanan” ini telah diberi beberapa pembaharuan, antaranya  lampu depan dan lampu isyarat membelok jenis LED, panel meter LCD, rekaan grafik serba baharu serta tayar hadapan yang bersaiz lebih besar – 90/80 -17. Model ini juga dilengkapi dengan butang mati enjin (kill swicth).

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Yamaha Y15ZR V2 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey. Selain itu HLYM turut memberikan pengunci brek cakera bernilai RM100 secara percuma kepada pembeli. Y-Suku dijangka memasuki pasaran pada bulan ini.

Dah siap pecah tabung ke bossku!

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • As Salam.
    TQ support HLYM for the above info.
    If you don’t mine, pls email yr company profile, name ,add, email add, contact number for our info.
    Thanks

Leave a Reply