ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geometry M2 bakal mencabar Wuling Mini EV, boleh jadi calon mini EV Proton ke ni?

Berita Global

Views

Geely Group sebenarnya ‘tidak senang duduk’ dengan dominasi yang kini ditunjukkan oleh beberapa model kereta elektrik mini seperti Wuling Mini EV, Dongfeng Fengguang Mini EV dan Chery QQ Ice Cream di pasaran China.

Lalu mereka menghantar wakil dari anak syarikatnya Geometry, menerusi model Geometry M2. Model hatchback dua-pintu empat-tempat duduk ini saiznya memang kecil. Dari segi dimensi ia berukuran 3,065mm panjang, 1,522mm lebar dan 1,600mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 2,015mm.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Beratnya hanya 715 kilogram sahaja dan menggunakan tayar bersaiz 13-inci. Dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu 27 kuasa kuda dan 41 kuasa kuda. Motor elektriknya terletak di hadapan dan digandingkan bersama pek bateri lithium iron fosfat, namun kapasiti baterinya tidak diketahui.

Ada sesuatu yang agak pelik di belakangnya. Walaupun Geometry kini merupakan jenama yang terserdiri, ia masih ditampal dengan perkataan Geely di belakang. Model Geometry yang lain pula tidak sebegitu dan ada kemungkinan Geely Group berhasrat untuk memasarkannya di bawah nama Geely untuk pasaran eksport.

Apa yang menarik, Geometry M2 turut ditawarkan dengan versi rim kompang. Sungguhpun begitu, ia mempunyai bumbung panorama yang besar dan meliputi hampir keseluruhan bahagian bumbungnya. Kelihatan model EV cilik ini mempunyai dua tempat duduk berasingan di belakang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ruang dalamannya tidak diperlihatkan lagi buat masa ini, namun kita masih dapat melihat satu skrin pada papan pemukanya menerusi siri foto intip. Paparan untuk pemandu itu kelihatan berada di atas kolum stereng. Pembeli Geometry M2 bakal ditawarkan dengan pilihan beberapa lingkaran warna di bahagian depan.

Reka bentuknya agak ranggi bertemakan retro-moden, terutama sekali lampu depan yang berbentuk bulat. Jika anda perasan, slot pengecasannya tersorok di belakang logo Geely berwarna perak, logo yang sama digunapakai oleh model Geometry yang lain.

Geometry M2 bakal dilancarkan ke pasaran China pada penghujung suku keempat (Q4) tahun ini. Penampilan sulungnya dijangka pada pameran Guangzhou Auto Show, bulan November nanti. Adakah Geometry M2 bakal menjadi calon mini EV Proton pada masa akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome dan Weibo

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply