ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tubuh anak syarikat kenderaan tenaga baharu, PRO-NET

Berita Tempatan

Views

Selepas menandatangani perjanjian pengedaran am (GDA) bersama smart pada 18 Ogos, Proton telah menubuhkan syarikat baharu untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart serta kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama sendiri.

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) adalah anak syarikat milik penuh Proton yang akan dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berasingan manakala kakitangan operasi akan terdiri daripada pekerja luar daripada pelbagai industri.

PRO-NET akan diterajui oleh Zhang Qiang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau berpengalaman luas dalam industri automotif di China dan telah berkhidmat di Proton selama lima tahun di bahagian jualan dan pembangunan rangkaian.

Ahli pasukan pengurusan lain termasuklah Salawati binti Mohd Yusoff sebagai Ketua Pegawai Jenama (CBO), seorang veteran industri automotif berpengalaman selama 25 tahun dan Sua Chek Hoong, sebagai Ketua Pegawai Informasi, rekrut baharu Proton dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri komunikasi dan IT.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pasukan pengurusan bertanggungjawab kepada lembaga pengarah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, yang disokong oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Kewangan, Wang Huaibing dan Naib Presiden Modal Insan & Pentadbiran,  Amran Mohd Tomin.

Mengikut perancangan, kenderaan elektrik smart akan mula dijual pada awal suku keempat (Q4) 2023. Model pertamanya adaah smart #1 dan PRO-NET kini sedang membuat persediaan untuk pemasarannya.

Keutamaan PRO-NET adalah penyelesaian isu pengecasan untuk pelanggan dan rancangan semasa adalah untuk menggunakan rangkaian pengecasan berasaskan rumah dan awam.

Menurut Dr Li Chunrong, kajian pihaknya menunjukkan penghalang kepada pengguna untuk membeli kenderaan tenaga baharu terikat dengan kebimbangan mereka tentang ketersediaan rangkaian pengecasan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ujar beliau, PRO-NET berhasrat untuk menangani isu ini dengan gabungan pemasangan dan penyelenggaraan pengecas di rumah dengan rangkaian awam komprehensif yang dibina bersama rakan kongsi yang pakar dalam pembangunan dan pengendalian stesen pengecasan.

Sebagai anak syarikat Proton, PRO-NET bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatannya boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Jadi, selain daripada pengecas tetap, pihaknya juga sedang mempertimbangkan penyelesaian mudah alih bagi meluaskan liputan mereka.

Tambah beliau, memandangkan produk baharu ini tidak akan dibebani oleh barisan model terdahulu atau operasi perkhidmatan tradisional, ini adalah peluang untuk Proton merangka semula pengalaman pelanggannya dan menempatkan dirinya sebagai penyedia mobiliti yang mampu menarik perhatian pembeli baharu dan tradisional.

Kata beliau lagi, Proton masih berada di titik permulaan perjalanan tenaga baharu tetapi dengan pengumuman rasmi mengenai PRO-NET, rancangan ini akan mendapat momentum yang membawa kepada lebih banyak perkembangan pada bulan dan tahun akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply