ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gerabak Autonomous Rail Rapid Transit (ART) tiba di Johor untuk sesi ujian

Views

Portal The Edge Market melaporkan syarikat Mobilus Sdn Bhd telah menerima gerabak sistem Autonomous Rail Rapid Transit (ART) di Johor yang bakal menjadi projek perintis di Iskandar Malaysia pada suku pertama 2021. Mobilus merupakan syarikat usahasama 51:49 yang ditubuhkan oleh Ireka Corp Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd, ahli CRRC Group.

Perancangan Program Ujian Perintis Bas ART di Iskandar Malaysia sebenarnya telah tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan ia bakal menjadi ujian skala besar untuk projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT). Ia juga merupakan sistem transit komprehensif bagi Iskandar Malaysia yang meliputi jajaran melebihi 2,000km untuk fasa pertama.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

ART merupakan sistem transit kapasiti sederhana untuk pengangkutan penumpang di bandar menggunakan teknologi terkini dan membolehkan bilangan kapasiti penumpang tinggi pada kos yang lebih rendah, berbanding dengan sistem rel-ringan. Selain itu, ia menggunakan tenaga dari sumber yang mesra alam seperti elektrik atau hidrogen.

Gerabaknya dilengkapi dengan penderia yang boleh mengesan litar maya di jalan raya, sekali gus membolehkannya untuk bergerak secara autimatik mengikit laluannya. Sistem ini juga mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 70km sejam dan membawa lebih daripada 300 orang penumpang menerusi tiga buah gerabak.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Kapasiti kenderaan ini boleh disambung sehingga mampu membawa kira-kira 500 orang penumpang dalam lima buah gerabak. Bersempena dengan projek perintis ini, satu kajian kemungkinan teknikal akan dilakukan oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pada akhir program ujian perintis bas di Johor, MITRANS akan memberikan laporan kemungkinan pelaksanaan ART sebagai sistem pengangkutan bandar baharu dengan merujuk kepada infrastruktur jalan raya dan persekitaran pengangkutan awam di Malaysia yang ada sekarang. Buat masa ini, ART telah digunapakai di beberapa buah bandar raya di China, yang terbaharu di Yibin, Sichuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply