ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya bermodalkan RM2,700 – Suami isteri tunggang skuter Yamaha NVX rentas empat negara!

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook Arena Motor kelmarin telah menceritakan kisah sepasang suami isteri yang menunggang skuter Yamaha NVX mereka merentasi empat buah negara selama 22 hari, sekitar bulan Januari hingga Februari tahun lalu, iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Antara negara yang dilalui sepanjang pengembaraan tersebut adalah Thailand, Laos, Vietnam dan termasuklah Malaysia. Apa yang menarik perhatian kami, mereka hanya bermodalkan RM2,700 untuk kos keseluruhan ekspedisi ini. Kata pemilik skuter tersebut, Roman Hassan, dari hari pertama perjalanan mereka hingga hari terakhir telah mengambil masa selama 22 hari.

Tambahnya, kos tersebut merangkumi makan minum, penginapan, petrol dan penyelenggaraan. Jelasnya, perjalanan di negara Vietnam dan Laos tidak melibatkan kos yang tinggi kerana mereka memasak sendiri dan harga hotel yang murah. Hanya di Thailand mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang agak kasar berpunca daripada kedai serbaneka 7 Eleven.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Ini lah punca, ‘poket rabak’ kerana di sana ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang pastinya wajib dicuba. Raman berkata, dia sangat mengesyorkan kepada geng bikers ‘Para-Para Sakura’ untuk mencuba tunggangan di Vietnam kerana pemandangannya yang indah. Namun ia sesuai untuk roadtrip dan bukan untuk kaki rewang dalam bandar.

Jelasnya, warga Vietnam sangat mesra dan mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke negara mereka. Selain itu, Roman turut memaklumkan kepada sesiapa yang ada rakan-rakan yang ingin bertanya mengenai cara menunggang di sana supaya bertanya di ruangan komen atau mesej peribadi (PM tepi). Tambah Roman lagi, sekiranya dia ada masa lapang, dia akan menceritakan lagi mengenai jelajah ke Vietnam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Roman Hassan

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply