ARKIB

KATEGORI

Buletin

GerhanaSAT hasil ciptaan anak tempatan disahkan pakar sebagai satelit terkecil di dunia!

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang bakal membuatkan kita warga Malaysia berasa bangga! Menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, rakan kami Mohd Izmir Yamin dengan bangganya mengumumkan satelit kelas Femto, GerhanaSAT telah disahkan oleh pakar industri angkasa lepas yang terkenal sebagai satelit terkecil di dunia!

Satelit ini telah dibangunkan oleh syarikat beliau iaitu Independence X Aerospace. Saiznya adalah lebih kecil berbanding dengan satelit yang mempunyai fungsi yang serupa iaitu PocketQube, bahkan jauh lebih kecil berbanding dengan CubeSat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

GerhanaSAT mempunyai 2 versi, iaitu Versi Angkasa (SV), berukuran 30mm, manakala Versi Pengguna (CV) berukuran 32mm panjang sisi kubus.

Kata Mohd Izmir, pihaknya telah melakukan demonstrasi bagaimana satelit tersebut berfungsi sepenuhnya di hadapan penonton secara langsung.

Tambah beliau, pihaknya telah menerima banyak tempahan, sekurang-kurangnya 520 satelit untuk kedua-dua varian dari pelbagai negara, terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat, serta sebahagian daripada Timur Tengah dan Afrika.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Mohd Izmir berkata, buat pertama kali di Malaysia, syarikatnya mengeksport produk Teknologi Angkasa Lepas (Space Tech) buatan tempatan. Syarikatnya juga akan sentiasa berusaha ke arah mencipta produk baharu dan termaju, dan kurang mengikuti trend semasa.

Mereka juga berhasrat untuk menjadi perintis dalam teknologi angkasa lepas seperti pembuatan satelit femto, Kenderaan Kapsul Kemasukan Semula dan juga Kenderaan Pelancar Sifar-Karbon.

Syabas kami ucapkan buat Mohd Izmir dan Independence X Aerospace!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izmirov Yaminovich

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply