ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran Geely Bo Yue L (FX11) bermula, calon Proton X70 generasi kedua tapi lambat lagi kot?

Berita Global

Views

Produksi massa pertama SUV kompak Geely Bo Yue L (FX11) telah bermula di barisan pengeluaran di kilang Chunxiao yang terletak di Ningbo City, Wilayah Zhejiang.

Model ini bakal menerjah ke pasaran negara “Tembok Besar” itu pada suku keempat (Q4) tahun 2022. Bo Yue L bakal dijual dengan tanda harga sekitar 20,000 yuan (RM79,094) dan akan mula berada dipasaran China pada suku keempat (Q4) 2022.

Kilang pengeluaran Chunxiao mula dibina pada 2011, meliputi kawasan seluas 1,000 ekar dan mula beroperasi pada 2014. Geely telah melabur sebanyak 100 juta RMB (RM 64,292 juta) untuk menaiktaraf fasiliti berkenaan dari “kilang moden 3.0” kepada “kilang pintar dengan penanda aras global 4.0”.

Bo Yue L (FX11) dibina berasaskan pelantar  Compact Modular Architecture (CMA) yang dibangunkan secara usahasama antara Geely dan Volvo di bawah program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dikenali sebagai China Euro Vehicle Technology AB (CEVT).

Dari segi dimensi, jika dibandingkan dengan Bo Yue (Proton X70), Bo Yue L berukuran 4,670 mm panjang, 1,900 mm lebar, and 1,705 mm tinggi, manakala jarak antara dua gandarnya pula 2,777 mm.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ia menampilkan falsafah reka bentuk baharu yang diilhamkan daripada model konsep Vision Starburst dengan gaya yang futuristik.

Kelihatan ada lima lampu membentuk jejalur LED putus-putus pada bahagian atas jeriji yang bersambung dengan lampu hadapan. Logo Geely juga berada di tengah-tengah jejalur lampu tersebut dan kelihatan bercahaya.

Selain itu rim aloi Bo Yue L telah direka khusus untuk model berkenaan, manakala permukaan pada pemegang pintunya dicat dengan salutan antibakteria dengan kadar pensterilan sehingga 99.99 peratus.

Rekaan kabinnya turut menampilkan elemen futuristik dan minimalis, yang menampilkan paparan sesentuh gergasi bersaiz 13.2 inci di konsol tengah. Ia turut menampilkan stereng empat jejari rekaan baharu.

Unit infohibur Bo Yue L menggunakan sistem operasi yang dikenali sebagai ‘Geely Galaxy OS Air’, yang membolehkan kemaskini secara OTA. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm 8155.

Semasa tempoh pandemik global, sterengnya turut direka untuk untuk menghalang pembiakan bakteria. Ciri-ciri lain termasuk sistem bantuan pemanduan tahap 2, serta pemanasan dan pengudaraan pada tempat duduk.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bo Yue L bakal ditawarkan dengan empat pilihan penjana yang terdiri daripada enjin 2.0 turbo yang menjana 218 kuasa kuda dan 325 Nm daya kilas, enjin 1.5 turbo yang menjana 181 kuasa kuda dan 290 Nm daya kilas, serta trenkuasa hibrid 1.5T+3DHT HEV dan 1.5T+3DHT PHEV.

Enjin 2.0 turbo dan 1.5 turbo dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT, manakala untuk versi hibrid pula disambungkan kepada transmisi tiga-kelajuan hibrid elektrik DHT.

Adakah model ini bakal menjadi generasi kedua Proton X70?

Memandangkan model Proton X70 masih belum berada di fasa facelift yang sebenar, kami menjangkakan generasi keduanya tidak akan tiba di Malaysia sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang.

Ini kerana model cross MPV tujuh-tempat duduk, Proton X90 (VX11) hanya akan dilancarkan pada tahun hadapan, manakala model sedan Proton S50 (SS11) pula masih dalam peringkat awal pembangunan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome dan Chin Swee Hoe

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply