ARKIB

KATEGORI

Buletin

GM tutup kedai, jual kilang pengeluaran di Thailand

Berita Global

Views

General Motors (GM) yang sedang bergelut mengumumkan bakal menghentikan jualan kenderaan Chevrolet di Thailand dan menjual kilang pengeluarannya di Rayong menjelang akhir tahun ini. Presiden untuk pasaran strategik, pakatan dan pengedar GM, Andy Dunstan berkata penggunaan kilang yang rendah serta ramalan volum domestik dan eksport yang menurun telah memberi impak kepada perniagaan dengan ketara.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Walaubagaimanapun, GM masih terus memberi sokongan kepada pelanggan Chevrolet sedia ada untuk perkhidmatan selepas jualan, jaminan dan kerja-kerja pembaikan menerusi outlet servis bertauliah. Presiden GM Asia Tenggara, Hector Villarreal berkata, mereka akan memberikan pekerjanya pakej pemberhentian yang lebih baik daripada yang diperlukan di bawah undang-undang buruh Thailand.

Kilang pengeluaran GM yang terletak di wilayah Rayong akan dijual kepada pengeluar dari China, Great Wall Motors (GWM) menjelang akhir tahun ini. Menurut naib presiden strategi global GWM, Liu Xiangshang, pengambilalihan kilang di Rayong akan membantu pembangunan perniagaan mereka di Thailand dan pasaran Asean.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

GWM akan berkembang ke seluruh rantau Asean dengan Thailand bakal menjadi pusat dan mengeksport produknya ke negara-negara Asean lain serta Australia. GM mula masuk ke Thailand pada Januari 2000, dan kemudiannya membina dua fasiliti pengeluaran, kilang pemasangan yang menghasilkan 180,000 unit kenderaan dan kilang enjin yang mengeluarkan 120,000 unit enjin setahun.

Di negara Thailand sahaja, GM mempunyai 1,900 kakitangan, dengan 1,200 daripadanya merupakan berkhidmat di bahagian pengeluaran. Ahad lalu, Reuters melaporkan General Motors mengumumkan mereka akan menghentikan operasi jualan, reka bentuk dan kejuruteraan di Australia dan New Zealand, serta menamatkan jenama Holden menjelang 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply