ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia bersama Astro Radio, Tealive dan unifi hangatkan kempen ‘Road to 900,000th Unit Milestone’

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi dengan tiga jenama besar Astro Radio, Tealive dan unifi untuk menghangatkan lagi kempen “Road to 900,000th Unit Milestone“. Kempen dengan slogan “Terima Kasih 900K” itu telah dilancarkan bulan lepas bertujuan untuk membina momentum kepada syarikat bagi mencapai sasaran jualan 900,000 unit pada suku ketiga 2019.

Kempen ini bakal menyaksikan sembilan model Honda akan dihadiahkan kepada rakyat Malaysia yang bertuah. Tiga daripadanya akan diberikan kepada peserta menerusi peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan unifi.

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, ini merupakan kerjasama yang julung kalinya bersama jenama-jenama tempatan. Tambahnya, mereka amat teruja dengan kempen ini kerana ia merupakan peluang yang terbaik untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia sebagai tanda penghargaan.

Pengurus Besar Digital dan Pemasaran Astro Radio, Cik Daphne Lourdes berkata, kerjasama syarikatnya dengan Honda Malaysia dalam kempen ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna aplikasi hiburan dan gaya hidup pelbagai bahasa terbaharu SYOK, peluang untuk memenangi kereta Honda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn. Bhd., Encik Bryan Loo, syarikatnya yakin peminat Tealive pasti akan teruja kerana berpeluang untuk memenangi kereta Honda dengan hanya merakam foto mereka bersama minuman Tealive di beberapa outlet terpilih dan menghantar penyertaan mereka menerusi WhatsApp.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Sementara itu, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, Encik Moharmustaqeem Mohammed pula berharap pelanggan unifi akan mengambil peluang dengan menyertai kempen ini yang membolehkan mereka membawa pulang sebuah kereta Honda. Mereka hanya perlu memuat turun aplikasi myunifi dan mengemaskini profil sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang bertuah yang pertama kempen ini, iaitu Encik Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi dari Kelantan. Beliau telah berjaya memandu pulang sebuah Civic 1.5L turbo. Kini tinggal lagi lapan model Honda untuk direbut dan Honda Malaysia menyeru rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mendaftarkan butiran lengkap mereka menerusi kod QR dan melayari laman sesawang kempen sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti atau peraduan untuk mendapatkan tiket. Lebih banyak tiket dikumpul, lebih besar peluang untuk memenangi model Honda!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply