ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV PHEV Geely Galaxy L7 ni macam ‘best’ jer, ada potensi masuk Malaysia tak?

Berita Global

Views

Geely Auto Group (Geely Auto) secara rasmi melancarkan siri produk elektrik mewah baharu, Geely Galaxy dalam suatu majlis yang bertempat di Hangzhou kelmarin.

Model pertamanya, iaitu SUV PHEV jarak jauh Galaxy L7, dan model konsep elektrik sepenuhnya, Galaxy Light telah diperkenalkan semasa acara tersebut.

Produk Geely Galaxy dibangunkan daripada seni bina elektrik pintar khusus serta E-CMA, untuk rangkaian produk hibrid jarak jauh.

Geely Galaxy dijangka memperkenalkan tujuh model kenderaan baharu dalam tempoh dua tahun akan datang. Empat daripadanya merupakan model elektrik hibrid jarak jauh, manakala selebihnya adalah model elektrik sepenuhnya.

Antara model-model tersebut adalah model SUV bersaiz besar L9, model sedan L6 dan E8, model crossover L5 dan E6 serta model SUV E7.

Model sulungnya, iaitu Galaxy L7 menampilkan gaya reka bentuk yang mengujakan dengan lampu depan jenis terpisah dan warna badan dwitona.

Dari segi dimensi, Galaxy L7 berukuran 4,700mm panjang, 1,905mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 2,785mm.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Galaxy L7 mempunyai gerbang roda dengan pelapik kemasan hitam yang agak besar, namun tayarnya kelihatan agak kecil. Pemegang pintunya juga nampak terlebih besar dan ia agak sedikit janggal.

Model ini dikuasakan oleh rangkaian kuasa baharu NordThor Hybrid 8848 yang menggabungkan enjin petrol 1.5-liter turbo dengan transmisi hibrid 3-kelajuan (DHT) dan sama ada satu atau dua motor elektrik.

Ia ditawarkan dengan pilihan pacuan roda hadapan atau empat roda yang masing-masing menghasilkan output sebanyak 390 kuasa kuda dan 663 kuasa kuda.

Sekali gus menjadikannya kereta jenama Geely yang paling berkuasa setakat ini. Dalam keluarga Geely Group hanya menduduki tangga kedua di belakang Lotus Eletre R, yang lebih berkuasa.

Untuk versi pacuan empat roda, Geely mendakwa ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 200 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 7.5 saat, penggunaan bahan api 5.23L/100km, dan jarak tempuh sejauh 1,370 kilometer.

Di ruangan kabin, Galaxy L7 mempunyai stereng berbentuk bujur dan tiga skrin di papan pemuka. Skrin panel instrumennya bersaiz 10.25-inci, skrin sesentuh bersaiz 13.2-inci di tengah, manakala satu lagi skrin bersaiz 16.2-inci untuk penumpang hadapan.

Skrin yang berada di tengah dihalakan ke arah pemandu dan secara keseluruhan papan pemukanya agak minimalis, tanpa sebarang butang atau suis. Ia juga mempunyai pad pengecasan nirwayar yang boleh mengecas dua telefon pintar.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kokpit model ini menggunakan sistem operasi kenderaan pintar, Galaxy N-OS. yang dikuasakan oleh cip kenderaan Qualcomm Snapdragon 8155.

Sistem Galaxy N OS membolehkan masa permulaan dan masa tindak balas sistem terpantas dalam kelasnya, hanya 0.5 saat untuk mencapai keadaan sedia beroperasi.

Geely juga masih belum memperincikan lagi bagaimana keupayaan pemanduan autonomi L7. Ia juga tidak mempunyai banyak penderia, tiada lidar pada bumbung dan tidak mempunyai banyak kamera.

Pemanduan autonomi siri Galaxy akan menggunakan rangkaian satelit Geespace pada masa depan yang akan mempunyai 72 unit satelit.

Galaxy L7 akan membuat debut umumnya semasa Shanghai Auto Show 2023 pada bulan Mac, manakala pelancarannya untuk pasaran negara China akan menyusul kemudian.

Adakah Galaxy L7 dan juga model dari siri Galaxy berpotensi untuk menerjah masuk ke pasaran Malaysia pada masa akan datang? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak.

Difahamkan pengeluar kereta nasional Proton, menyasarkan untuk mengeluarkan EV jenama sendiri seawal tahun 2027. Disember lalu telah menghantar beberapa kakitangannya ke Hangzhou, China bagi mempelajari tentang kenderaan tenaga baharu (NEV).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, berkata buat masa ini Proton memiliki dua model pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV, namun mereka perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan untuk menjadi sebahagian pengeluar dalam industri alaf baharu itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply