ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna kepala surat Istana Negara palsu untuk rentas negeri – Dua individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Dua individu ditahan di Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur, Isnin lalu kerana mengemukakan tiga surat dokumen rentas negeri dengan menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara disyaki palsu. Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah menahan seorang wanita dan lelaki berusia 27 dan 47 tahun dalam keadaan mencurigakan pada jam 10.30 malam.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan, wanita tersebut menyerahkan tiga keping surat dokumen rentas negeri yang disyaki palsu untuk digunakan bagi pelepasan rentas negeri. Surat tersebut menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana surat tersebut menjelaskan kebenaran daripada Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Mohamad Zainal berkata, surat tersebut juga menyatakan wanita itu sebagai Datuk. Gelaran Datuk itu disyaki palsu, lelaki tersebut pula merupakan pembantu kepada suspek dan merupakan anak saudaranya. Menurutnya, semakan rekod jenayah ke atas wanita tersebut mendapati suspek pernah terlibat dengan siasatan di bawah Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan dan 420 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan 2018.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kedua-dua individu itu kini direman tiga hari bermula Selasa sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Mohamad Zainal menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Ujarnya lagi, sebarang maklumat berkaitan penggunaan dokumen rentas negeri yang tidak sah boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi Kuala Lumpur di talian 03-2600222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply