GWM Malaysia kini membuka tempahan bagi SUV elektrik hibrid, GWM Haval H6 HEV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Untuk pasaran tempatan, GWM Malaysia akan memperkenalkan varian Ultra dengan anggaran harga di bawah RM145,000 (atas jalan tidak termasuk insurans).
Pelanggan yang menempah SUV segmen-C ini sebelum pelancaran rasmi akan menerima ganjaran hebat dan istimewa, antaranya:
- Nilai eksklusif RM 3,000 dengan yuran tempahan RM 1,000
- Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km** (yang mana terdahulu)
- Waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km** (yang mana terdahulu), termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), bateri voltan tinggi dan kabel, serta unit kawalan transmisi.
**Terhad kepada pemilik pertama dengan pendaftaran persendirian sahaja.
Dikenali sebagai ‘Jenama SUV Terlaris di China’ selama 12 tahun berturut-turut, SUV berorientasikan keluarga dan bersaiz sederhana ini mempunyai rekod jualan global sebanyak 4 juta unit.
Haval H6 HEV dikuasakan oleh teknologi DHT terkini dengan gabungan kuasa petrol dan elektrik yang cekap, untuk pengalaman pemanduan yang lancar.
Ia juga menawarkan penjimatan bahan api yang efisien, menjadikannya sebagai pilihan yang tepat dan mesra alam berbanding kenderaan konvensional.
Model ini memiliki ruang kaki di bahagian belakang yang luas, but berkapasiti besar, dan tempat duduk berventilasi yang memberikan keselesaan maksimum kepada pemandu dan penumpang hadapan.
Model pemasangan tempatan (CKD) pertama daripada GWM Malaysia ini turut dilengkapi sistem ADAS Tahap 2 (L2). Ia kini telah tersedia di bilik-bilik pameran GWM seluruh negara.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, GWM sentiasa komited untuk memperkenalkan pelbagai kenderaan inovatif dan diiktiraf mengikut keperluan dan permintaan tempatan.
Sepanjang September ini, GWM Malaysia akan mengadakan jerayawara di lima pusat membeli-belah terpilih di serata negara untuk mempamerkan model SUV elektrik hibrid ini kepada umum.
Berikut adalah senarai lokasi jerayawara GWM Haval H6 HEV:
Tarikh | Masa | Lokasi |
2 – 8 September 2024 | 10 PG – 10 MLM | Aeon Seremban 2, Seremban |
18 – 22 September 2024 | 10 PG – 10 MLM | Toppen Shopping Centre, Johor |
18 – 22 September 2024 | 10 PG – 10 MLM | Gurney Plaza, Penang |
20 – 22 September 2024 | 10 PG – 10 MLM | Vivacity Megamall, Sarawak |
24 -29 September 2024 | 10 PG – 10 MLM | Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur |
Sepanjang acara ini berlangsung, orang ramai akan berpeluang untuk meneroka reka bentuk dan ciri-ciri praktikal untuk SUV ini. Para pembeli yang berminat boleh merebut peluang untuk membuat tempahan Haval H6 HEV bagi menikmati segala faedah eksklusif yang ditawarkan semasa tempoh pra-pelancaran.
KLIK UNTUK BESARKAN
Haval H6 HEV
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI