Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia antara insiatif diambil kerajaan dalam menangani kes kemalangan jalan raya, khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
“Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal.
“Jadi bermula 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin kapasiti 150cc ke atas wajib dipasang ABS,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di Putrajaya, semalam.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim. Ahmad Zahid berkata, kerajaan memutuskan perkara itu kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.
“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang turun daripada 27 peratus pada 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia tetap antara yang tertinggi di dunia.
“Jadi saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Beliau juga berharap insiatif terbabit dapat menjadi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah sama, sekali gus menjadikan motosikal sebagai kenderaan yang selamat digunakan.
Selain itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) dilaksanakan di seluruh negara ASEAN atau Asia.
Katanya, MyMAP yang memberi penarafan kepada motosikal berdasarkan piawaian kenderaan itu mampu memberi kelebihan kepada pengguna untuk membuat penilaian sebelum membeli kenderaan berkenaan.
“Setakat ini, MyMAP sudah menilai 28 jenis model motosikal dihasilkan tujuh syarikat pengeluar dan kenderaan ini diberikan penrafan ‘bintang’,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Zahid Hamidi
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI